Saturday, August 14, 2010

Marah ke??

Pada suatu hari di bulan puasa..

Aku sedang asyik berada kat depan komputer.sedang menilik gambar-gambar lama.mataku melirik sekilas ke sudut bawah sebelah kanan skrin.cuba membaca waktu.oh..awal lagi nak berbuka.

lantas aku membuka facebook.masukkan email..password.ok..ade mesej.rupanya kawan sekolah aku mintak address sebab nak hantar kad kahwin.dah selesai baca aku balas apa yang patut.

kemudian aku tekan butang home.scroll ke bawah lepas tu update apa yang patut.mana tau ada invitation nak berbuka puasa secara besar-besaran ke.

tak ramai online petang-petang macam ni.mungkin masing-masing sibuk membeli juadah nak berbuka kot.aku scroll lagi.sampai bawah.tiba-tiba...

jeng..jeng..jeng..apakah yang berlaku?

mataku menangkap satu status dari seorang kawan.

mari kita panggil beliau si A.

dari statusnya memang nampak betul ketidakpuasan hati terhadap seorang pelajar sekolah asrama penuh yang aku agak bakal menghadapi SPM tahun ini.

si A kelihatan sangat marah kerana pelajar tersebut telah memaki-maki cikgunya di wall facebook.dalam status si A,beliau menulis beberapa kata-kata yang kurang enak serta sempat juga mendoakan sesuatu yang tidak enak di dengar juga.

oke la.untuk memudahkan pemahaman korang aku akan tulis status si A lebih kurang begini.

si A menulis: *a***!!! (beliau sedikit mencarut di bahagian awal) aku benci gile bla..bla..bla..maki2 cikgu dlm FB..bla..bla..bla..(ada beberapa ayat lagi yang si A tulis)..ak harap ilmu ko x berkat!!

selepas itu kelihatan beberapa pengomen menyokong kata-kata si A tadi.keadaan pula semakin panas..hot..rasa macam matahari atas kepala.

lantas aku pon cuba memberi komen dangan berkata "sabar..bla..bla.."

aku tidak menyokong juga tidak membantah.cume aku sedikit pelik.macam ada benda yang tak kena kat sini.tapi..apa dia??..

aku cuba selidik..

si A berasa marah lantaran betapa tingginya status seorang cikgu di matanya.

dan dia berasa hilang sabar terhadap perangai budak-budak sekolah zaman kini yang hilang adab sopan dan hormat terhadap cikgu diorang.

mungkin juga pelajar itu orang yang beliau kenal dan bagi si A pelajar itu tidak patut berbuat begitu.

dan..

aku tidak pula dapat membaca apa yang ditulis pelajar tersebut.aku hanya tahu dari sebelah pihak saja iatu dari si A saja..aku juga tak tahu apa masalah pelajar itu.

adakah dia tidak waras?terencat akal kah?atau sakit jiwa?apa yang cikgu dia buat sampai dia sanggup memaki cikgu sendiri?well..i have no idea on that.

namun perasaan pelik aku masih ada.aku masih lagi rasa ada yang tak kena tapi apa??..

jika aku membaca tulisan pelajar tu pasti aku pon marah.ye..korang juga tentu marah.memang dia tak patut memaki cikgu.sangat tidak beradab.

tapi..

pada pendapat seorang aku..mungkin si A tidak patut bertindak begitu kerana...oppss..aku tak nak mengulas apa-apa tentang si A kerana aku tidak layak untuk itu.

lagipun dulu ketika aku belum matang aku juga pernah sebegitu.

pasti pantang melihat adegan maki-makian pelajar terhadap para guru.darah muda sedang membuak-buak lalu aku akan membalas makian pelajar itu bagi pihak cikgu sekelian.

tapi itu dulu.belum matang..mentah dan jiwa muda.tapi bukankah si A tu dah dewasa dan boleh berfi....oppsss..sekali lagi aku tidak ingin mengulas lanjut.

aku hanya insan biasa yang juga banyak membuat silap.aku masih jahil.

dan ekoran tidak ingin menjadi kaki sibuk hal mereka maka aku hanya biarkan saja mereka.aku tidak peduli terhadap komen-komen pembaca dan para penyokong si A.

aku juga tidak membantah.aku juga tidak menyokong.

biarlah si A melepaskan geramnya asalkan beliau bahagia dengan cara sebegitu.yang aku mampu buat hanyalah berdoa supaya pelajar itu insaf dan marah si A itu akan reda kelak.Amin.

cuma...jika berpeluang..

aku ingin meletakkan diri aku di posisi beliau (si A).jika aku di situasi tersebut..aku tidak akan bertindak seperti si A.

oke..kat sini aku akan cuba memberi ALTERNATIF kepada diri aku dan juga korang sekiranya mengalami seperti adegan tersebut.

tapi sebelum itu aku ingin menyatakan SEBAB-SEBAB aku tidak akan bertindak seperti si A:

1) waktu bulan puasa aku rasa aku tak patut lah marah-marah.nanti kurang pulak pahala puasa aku.elok-elok penuh dah tinggal separuh.(bergantung kepada tahap marah aku la).dan aku juga tidak patut berkata-kata kesat dan mencarut.BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

2) err..aku tak patut memaki semula pelajar itu barangkali kerana aku dah tau yang Nabi S.A.W sangat TAK suka orang yang caci mencaci.baginda ibaratkan orang yang caci-mencaci seperti 'sampah dan bangkai'.(rujuk hadith)

3) aku juga tak patut bercerita perihal pelajar tersebut kepada umum kerana kelihatan seperti mengumpat.oh..tadi pahala aku dah kurang sebab marah-marah dan si pelajar tu yang dapat pahala aku sebab kena umpat dengan aku..sekarang ni dapat pulak dosa 'lebih teruk dari membunuh saudara sendiri..'

4) lagi..aku tak patut mendoakan yang tidak baik kepada pelajar itu kerana aku tahu apa saja yang kita doa untuk orang kita juga akan dapat sama.kalau doa baik untuk orang dapat lah kebaikan.tapi kalau doa yang buruk-buruk untuk orang so....korang pikirlah sendiri.by the way,pasti doa akan makbul memandangkan sekarang bulan puasa sebab yang aku tahu doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak.

5) aku akan sedaya upaya untuk tidak menulis status kerana aku tidak mahu mengajak para pembaca bersubahat dan menyebelahi aku.bersubahat kat sini ialah turut serta mengumpat pelajar terbabit.

sekarang aku akan tulis beberapa ALTERNATIF pulak.jika aku berada di situasi tersebut dan sedang berada dalam keadaan sangat marah aku CUBA untuk:

1) bersabar dan DIAM seketika.sebab NABI S.A.W ajar cara untuk mengatasi marah ialah dengan TIDAK MARAH.err..camne tu.pandai-pandai korang lah nak wat ape pon.nak mandi ke..tengok tivi ke..tido sekejap ke semua korang boleh buat tapi JANGAN marah.

2) kalau tak tahan sangat aku rasa aku akan tulis status jugak macam ni lah lebih kurang.(kalau memang nak orang tau jugak) :

"sebagai pelajar tak elok maki cikgu.nanti ilmu tak berkat.hidup pon tak berkat dunia akhirat.semoga mereka yang berkenaan sedar dan insaf kesalahan diri"

aku memberi nasihat dan berdoa kebaikan untuk pelajar itu dan pada masa yang sama tidak mengumpat.kalau rasa-rasa nak mencarut je aku akan ingat pahala aku yang akan dapat kat pelajar tu.mana boleh bagi dia senang-senang je kan?bukan bagi seringgit dua ke..ni pahala tau!!

3) kalau kenal pelajar tersebut..aku akan pergi direct dekat dia then sound terus tepat ke muka dia menggunakan kata-kata yang lembut tapi menusuk.macam mane?err..aku tak pikir ayat lagi tapi kalau aku jumpa aku buat macam tu.

4) macam biasa..berdoa lah untuk dia.mintak pelajar tu berubah.insaf.bertaubat.sedar kesalahan diri juga sedar diri hanya masih budak hingusan yang belum tentu masa depan lagi..'sesungguhnya selemah-lemah iman ialah apabila berdoa dengan hati'..tak mampu tegur direct so ni je lah yang aku mampu.

wallahua'lam

err..setakat ni je  ALTERNATIF yang aku dapat pikir.

korang ade cadangan atau pandangan lain?

tapi sebenarnye kalau tak nak jadi macam ni rasa tak payah lah perasan sibuk nak baca status terkini rakan-rakan lalu terbaca pulak status makian seorang pelajar (macam aku yang sibuk-sibuk nak baca status kawan aku si A ni lah.oh..aku memang sungguh busybody kan?)

WALAUBAGAIMANAPUN

aku hope apa yang aku tulis ni dapat memberi pengajaran kepada diri aku.semoga kalau aku marah aku akan mempraktikkan alternatif yang aku tulis tu.

marilah kita saling mengingatkan.aku pon tak pernah miss dari sifat marah.

tapi..

aku tak suka marah.sebab nanti kadar tekanan darah aku akan meningkat.maka aku tak gembira.lepas tu encik housemate kata tiba-tiba nampak garis kedutan kat dahi..kulit tak licin dan lembut.rambut tiba-tiba bertukar jadi putih.jalan pulak dah terbongkok-bongkok dan menjadi slow.suara dah tak merdu dan semakin kasar.oh...aku tak mahu kelihatan seperti itu.

maka kepada korang kalau marah..korang senyumlah.macam lagu malique ft najwa yang bertajuk SENYUM (klik kalau nak dengar) .. oke..aku nak layan lagu tu jap.

notakaki: sila betulkan jika aku salah.aku hanya insan biasa.

No comments: