Friday, January 20, 2012

mengimbau kenangan

hari ni rajin pulak aku online. bukak mukabuku dan stalk profile member-member lame dari sekolah dulu sampai member kat u.

ape yang aku boleh kate...err..tak terkate sebenarnye.perasaan bercampur-baur dan tak dapat digambarkan.

sebenarnya..aku rindu mereka semua.aku nak putar semula masa dan kembali ke zaman dahulu kala. kembali semlua menjadi seorang remaja dan super single.having fun together dan menikmati saat-saat indah remaja semula. waah.. berangan habis aku ni.

tadi..masa aku tengok picture mereka..aku terharu juge terkilan juge tak sangka.ramai jugak yang dah kahwin ye.alhamdulillah.at least aku tak rase janggal seperti mula-mula aku berumahtangga dulu.masa tu aku kahwin antara paling awal di kalangan kawan-kawan aku.dan aku rasa pelik..malu (aku pun tak paham kenapa aku rasa malu tapi memang aku rasa malu waktu tu) dan isolated.sebab mereka masih single tapi aku dah berdua.tak dapat luangkan masa dengan my BFFs.but now it's really different.

KITA SAMA!!

aku suka..

masing-masing dah start ada anak-anak.fokus dekat family masing-masing just like i did. well..i'm happy for them.

nak cerita lagi..pasal seorang mamat satu kelas dengan aku dulu masa kat u. dulu..persepsi aku kat dia  ialah aku tak rasa dia akan kahwin. aku selalu tertanye-tanye orang macam dia boleh ke jadi orang yang nak pikul tanggungjawab. sebab dia seems like selfish..tak campur orang, kerja sendiri siap tapi kerja group selalu hampeh sikit. tak pandang perempuan langsung tapi tak sangka pulak ade awek.

wutever it is..hakikatnya dia dah kahwin dah pon. walaupun aku macam tak percaya je.

eh..untuk kawan-kawan aku yang masih single..aku doakan korang cepat-cepat dapat jodoh yang baik.next, berumahtangga dan bahagia dunia akhirat termasuk aku.amin.

notakaki: my little L sangat sayang adik dia little A..i likeee!! nanti aku nak upload picture mereka insyaallah.


Friday, January 13, 2012

kerja taraf eksekutif gaji taraf kerani

salam semua.

baru genap 2 minggu aku kerja.tekanan maha hebat yang dihadapi seakan mengulang semula zaman pembelajaran arkitektur dahulu kala.adoyai..tapi..

aku okey je..

walaupun begitu..aku akan maintain attitude walaupun gaji tak banyak mane.haruslah aku bersyukur sebenarnye terhadap rezeki yang diberi Allah.alhamdulillah.

cuma..

nak adapt dengan environment baru memang taking some time.but thanks to encik housemate sebab banyak  bagi support.he's the best man..

notakaki: tak saba nak tunggu raye cina sebab boleh cuti panjang.

Monday, July 4, 2011

berita terkini

harini aku rase release sket. dapat chat dengan member lama. at the same time dapat lah share cerita-cerita and dig our past.sesungguhnya aku sangat rindu dengan kawan-kawan aku. tak kisahlah yang kat sekolah ke, matrikulasi ke, atau mase zaman u dulu. kawan-kawan kerja pon sama. aku rindu nak lepak dengan semua. bestnye kalau pergi holiday sama-sama.. picnic ke.. melancong cuti-cuti malaysia. 

semalam ada kenduri arwah mak encik housemate and kekah anak kak T. semalam pon geng 10 pergi picnic. bestnye.. by the way, sekarang kat kampung encik housemate. rabu ni kene balek Kl jap ade Bussiness Consultancy program setengah hari kat Plaza Sentral. penat dan tak larat jugak. nasib baik dah habis course kat Rosmina Salon 19hb june haritu. tengah menunggu hari kedatngan orang baru tak lama lagi. little princess.. sebab tu semakin tak larat dan exhausted. semoga dipermudahkan segala urusan dan semuanya selamat. amin.

sejak 2 minggu bergelar surirumah ni, aku sangat bosan. aku suka kerja. walaupun penat tapi aku suka kerja sebab ade kawan. stay kat rumah dah lah tak tau nak borak dengan sapa. rasa tak berkembang langsung lah. ahh.. apa2 lah kan. boring je korang kalau aku tulis macam ni.
ok kite tukar topik. kepada korang kalau nak buat video tak kisahlah untuk wedding ke ape ke macam komersial video, videoklip ke sila la singgah sini . ok..aku nak tekan keyboard pon dah tak larat neh. perut rase senak dan kaki rasa kejang. urat pinggang dah tegang. kepala sudah penin. mata dah berpinar. tu tandanya aku kene rest dan dah kene turn off computer ni.

notakaki: semalam banyak makan daging kambing dengan nasik beriani. harini rasa nak muntahkan semua balik. ceh..


Wednesday, May 4, 2011

petang yang hening

perut yang berkeroncong sedari tadi yang minta diisi mengganggu konsentrasi.kesunyian yang mengisi segenap ruang bertemankan cahaya lampu yang malap.sambil mata melayan apa saja yang terlintas di skrin.mata kuyu ini semakin layu dan layu.perut yang masih kosong tadi terkadang mengeluarkan gas lalu berlakulah sendawa yang agak kerap diiringi bunyi krek..krekk.. tanda kelaparan yang amat.

masih ada lagi 1jam 30minit..

aku menunggu dengan sabar.terasa masa berlalu dengan lambat.aku semakin kedinginan dek suhu penghawa dingin yang rendah.kesejukan itu menusuk hingga ke tulang.

mata yang kantuk ini ku tahan.perut yang lapar tidak aku hiraukan.sejuk yang mencengkam aku abaikan.kesepian yang bermaharajalela tidak lagi aku pedulikan.

aku hanya mahu fokus. mengira detik waktu sambil tekun melayari internet.dan berharap sekiranya aku memandang jam itu sekali lagi..ia akan menunjukkan pukul 6.

notakaki: pernahkah anda merasai situasi ini??

Thursday, April 28, 2011

bukan hanya salah dia

*aku tak nak cakap banyak.cuma nak bagi pendapat.

ISU: Nak hentikan jual nasik lemak kat kantin sekolah tapi ada yang tak setuju.Nak teruskan penjualan pun ada tak setuju.

kenapa nasik lemak tu perlu dikurangkan pengambilan? sebab dia tak sihat,bersantan, berlemak dan berkalori tinggi,dan menyebabkan kegemukan sekiranya diambil dengan kadar yang banyak dan diambil dengan kerap.. yang ni semua mesti setuju.

so untuk penjualan kat kantin sekolah..mungkin perlu ganti dengan nasik putih instead of nasik tu dimasak dengan santan.

TAPI..

kalau nak 'salahkan' nasik lemak, kenapa tak pertikai nasik goreng yang kalori dia 772Kcal untuk sepinggan boleh sebabkan obesiti jugak kalau di ambil dengan kadar yang banyak berbanding nasi lemak yang hanya ada 507Kcal je sepinggan. rasanya ramai ibu-ibu akan masak nasik goreng untuk sarapan pagi kat rumah sebab senang dan cepat. dekat kantin sekolah pun rata-rata peniaga kantin ada menjual nasik goreng jugak kan?

macam mana pulak dengan roti canai? kalori dia pun tinggi jugak. mi goreng? 660Kcal sepinggan. mi kari? 529Kcal semangkuk. kuey teow goreng? 743Kcal sepinggan. rojak? 752Kcal sepinggan. mi rebus? 556Kcal semangkuk. pisang goreng sekeping pon dah 129Kcal.

KFC? Mc Donald? yang ni tak payah pertikai lah kan. 

let say makan ayam goreng KFC. ambik 2 ketul. 1 ketul bahagian peha dan 1 ketul kepak pun dah 486Kcal. kalau beli 1 set sekali dengan coleslaw dengan kentang putar jumlah kalori dah jadi  692 Kcal!! 

kalau makan Mc donald pulak, ambil french rice regular + cheese burger + coke = 778Kcal. ni yang minimum. kalau ambik french fries regular + big mac + coke = 1007Kcal!!

padahal this kind of food yang selalu budak-budak sekarang makan. tak terkecuali orang dewasa. 

maka tak pelik lah kalau ramai orang yang ada masalah kegemukan dan berpenyakit. unless rajin exercise dan sentiasa aktif.

persoalannya kat sini..

banyak lagi makanan yang berkalori tinggi sebenarnya dan akan sebabkan obesiti tapi kenapa hanya nampak nasik lemak yang 'bersalah' dalam hal ni?

tapi mungkin makanan ni yang paling glemer dan selalu dijumpai di kantin-kantin sekolah. cuma takkanlah dekat kantin tu hanya makanan ni je yang ada kan. banyak lagi makanan lain yang boleh 'disalahkan' dalam hal ni.

masa aku kat sekolah dulu, kantin sekolah aku ada jual roti canai, mi goreng,nasik goreng, mi kari dan macam-macam lagi la.nasik lemak pun ada. ingat lagi aku pulun roti canai 2 keping setiap kali waktu rehat hampir setiap hari dan berat badan aku memang bertambah dari hari ke hari. dan fevret aku kuey teow goreng dengan mi kari kalau-kalau aku dah boring menghadap roti canai. tapi tu dulu lah masa kat sekolah.

ahh..elok-elok nak tulis sikit tapi rasanya dah panjang berjela pulak entry ni. 

ape-ape pun kalau nak sihat banyak lah makan buah..makan sayur..minum plain water..exercise.tak kisahlah kurus ke gemuk ke. yang paling penting kan sihat. badan yang kurus tak semstinga sihat. kalau dah makan dan menjalani kehidupan secara sihat insyaallah badan akan sihat.

ingat..check jumlah maksimum kalori yang boleh korang ambik. macam aku 1200Kcal je sehari. baru boleh diet dengan betul. duit pun jimat.

notakaki: aku pun badan tak kurus. tapi alhamdulillah tak ada penyakit lagi. paras kolestrol pun tak tinggi. rahsianya makanlah secara sihat.


Wednesday, April 13, 2011

ba wau ro ya nga

entah kenapa aku rasa bosan.dah lama tak bersiar-siar dan mencuci mata juge minda.terasa mau tengok wayang dan jalan-jalan cari makan.dari hari tu mengidam nak makan Raspberry Muffin Romance.




saya mau ke KLCC.tengok movie kat TGV lepas tu boleh lah window shopping carik kasut dengan cap untuk little L.dari hari tu ushar cap warna cream kat Poney tapi tak dapat nak beli.sebab tak cukup bajet pulak.haha

ahh..sebenarnya aku sekarang tengah boring tunggu customer takde dari tadi.sudahnya duduk depan laptop dan buat la apa yang patut.

adoi..sebenarnya lagi boring sebab bila teringin nak buat something tapi status poket dan beg duit tak mengizinkan.masa beg duit tengah 'gemuk' dan jumlah dalam akaun bank nampak meriah memang best.bile dah tak berapa meriah, tiba-tiba kepala jadi serabut dan hormon jadi tak tentu hala.aku bukan seorang yang suka shopping.paling kuat barang-barang untuk little L.cuma bila dah banyak tanggungan tu yang boleh buat poket dan purse jadi 'ramping' tanpa perlu ber shopping atau bersiar-siar sambil membuang duit.

*kelihatan beberapa orang masuk dan mahu bertanya sesuatu kepada diriku.

wah..customer sudah ada.jadi aku chow dulu lah.maka tahap keboringan aku pun reduce sebanyak 30%.

notakaki: recently, aku dah macam kekurangan 'juice' keterujaan dalam diri.tak sabar nak tunggu bulan june menjelma untuk mengembalikan 'juice' yang berkurangan.

Tuesday, April 5, 2011

tua di usia 24

bila badan dah selalu sakit-sakit..lenguh-lenguh..

bila cepat lupa banyak benda-benda penting..

bila pergi mana-mana semua panggil 'kak'..

bila naik tangga pun rasa tak larat..

aku terasa diri ni dah tua.

tapi yang sebenarnya aku penat. mungkin kerja terlampau banyak.busy tak habis-habis.

so..

badan pun sakit-sakit..lenguh..

benda penting pun banyak yang aku tak ingat..

dan semua panggil aku 'kak' mungkin sebab bila keluar little L selalu dengan aku..

dan bila rasa terlampau penat so aku akan prefer naik lif je untuk naik ke tingkat atas walaupun naik tangga tu adalah kebiasaan aku selama ni.

ah..tiba-tiba aku rasa macam nak pergi buat body massage dgn ibuk neng.

ok la..permisi ya.nak rilek-rilek sambil menikmati traditional massage beraromaterapi jap.