Monday, July 4, 2011

berita terkini

harini aku rase release sket. dapat chat dengan member lama. at the same time dapat lah share cerita-cerita and dig our past.sesungguhnya aku sangat rindu dengan kawan-kawan aku. tak kisahlah yang kat sekolah ke, matrikulasi ke, atau mase zaman u dulu. kawan-kawan kerja pon sama. aku rindu nak lepak dengan semua. bestnye kalau pergi holiday sama-sama.. picnic ke.. melancong cuti-cuti malaysia. 

semalam ada kenduri arwah mak encik housemate and kekah anak kak T. semalam pon geng 10 pergi picnic. bestnye.. by the way, sekarang kat kampung encik housemate. rabu ni kene balek Kl jap ade Bussiness Consultancy program setengah hari kat Plaza Sentral. penat dan tak larat jugak. nasib baik dah habis course kat Rosmina Salon 19hb june haritu. tengah menunggu hari kedatngan orang baru tak lama lagi. little princess.. sebab tu semakin tak larat dan exhausted. semoga dipermudahkan segala urusan dan semuanya selamat. amin.

sejak 2 minggu bergelar surirumah ni, aku sangat bosan. aku suka kerja. walaupun penat tapi aku suka kerja sebab ade kawan. stay kat rumah dah lah tak tau nak borak dengan sapa. rasa tak berkembang langsung lah. ahh.. apa2 lah kan. boring je korang kalau aku tulis macam ni.
ok kite tukar topik. kepada korang kalau nak buat video tak kisahlah untuk wedding ke ape ke macam komersial video, videoklip ke sila la singgah sini . ok..aku nak tekan keyboard pon dah tak larat neh. perut rase senak dan kaki rasa kejang. urat pinggang dah tegang. kepala sudah penin. mata dah berpinar. tu tandanya aku kene rest dan dah kene turn off computer ni.

notakaki: semalam banyak makan daging kambing dengan nasik beriani. harini rasa nak muntahkan semua balik. ceh..