Thursday, January 13, 2011

bak kata donald trump...

mood: ceria+hati sejuk (alhamdulillah)

kerja dalam bidang yang lain gila dari apa yang kita belajar dulu memang sangat challenging. tapi bagi aku apa yang buat sekarang jauh lebih senang dari course yang aku ambik kat universiti dulu.

sebab..

aku cintakan kerja aku sekarang. bila kita suka sesuatu mesti kita hepi untuk buat bende tu. dan semua menjadi sangat mudah.

"bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan saja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan"           

- Donald Trump-

jadi..walau apapun orang keliling kata kat aku, aku takkan kisah sebab aku dah jumpa apa aku nak (insyaallah) iaitu kerja yang aku cinta.

memang ramai yang kata:

"eh..ruginya kerja macam tu.apasal tak keje bidang ko dulu?"

atau

"baik ko tak yah ambik course yang ko belajar tu"

dan

"ade mase depan ke kerja ko sekarang?"

lagi..

"ape kelas..macam sesia je degree ko weh"

ahh..macam-macam la..tapi life must go on.aku dah pilih jalan ni dan 'no turning back'.

memandangkan aku tak dapat mencintai bidang yang aku belajar dulu so aku perlu mencari bidang yang aku cintai seterusnya mencintai kerjaya yang aku pilih kelak.

yang pasti bukan satu bende yang pelik kan.kalau apa yang aku lakukan ni salah..mcam mana dengan Chef Wan yang ada ijazah perakaunan tapi beralih ke bidang masakan dan seterusnya berjaya kerana melakukan perkara yang beliau suka.

ye..betul aku perlu consider pendapat orang untuk jadi panduan dalam hidup tapi untuk berjaya..aku tak perlu kisah dengan kritikan orang lain sehingga buat aku jadi lemah sebab aku tak perlu buktikan dekat diorang.

hanya.."buktikan kepada diri sendiri!!".. bukan buktikan pada orang lain.

"mudah bukan?Cabar diri sendiri.Bersaing dengan diri sendiri"

-Donald Trump-

apa-apa pun ..aku ada planning sendiri dan semua yang aku plan tu dah aku fikir masak-masak sampai nak hangus dah.bukan satu tapi mungkin 3 future planning.insyaallah.

jadi..kepada korang.."buatlah bende yang korang suka.jangan sampai rasa terpaksa hanya kerana nak kejar duit..atau takut jadi susah..atau nak jaga hati orang.atau apa2 je lah."

sekian wassalam.

notakaki: teringat sorang kawan yang ajak aku join perniagaan multilevel dan dah pakai mercedes 2 pintu.aku tau bende tu bagus dan menjamin masa depan cuma aku tak minat dan tak nak rasa terpaksa.kalau minat mesti dah jadi millionaire kan?