Monday, October 11, 2010

kayuh pelan-pelan

salah satu benda yang menjadi impian aku ialah menghadiri hari konvokesyen lepas tu naik stage terima transkrip ijazah.

dan akhirnya setelah terlambat 2 tahun berbanding kawan-kawan maka akan terlaksana juga lah impian aku tuh.

cuma..

aku memang cukup excited lah walaupun kawan-kawan aku yang dah lama grad semua tak hairan sangat. maklumlah diorang siap dah ada yang sambung belajar ambik master ape semua. dah keje gaji masyuk. dah pakai kereta sendiri. dah ada yang berumahtangga dan beranak-pinak.

dan the latest aku tau ada sorang member dapat offer jadi lecturer dan tercapai goal dia setelah setahun menunggu.

sedangkan aku baru nak menerima ijazah aku!!

aku kata kat dia "semua orang dah sampai LONDON aku baru kat AIRPORT"

tapi dia kata "rilek la.pelan-pelan kayuh."

ye..memang aku kayuh pelan gile. sebab macam-macam halangan perlu aku tempuh. mungkin hari ni hari aku yang penuh dengan obstacle. 

dan aku harap semoga tak lama lagi hari aku yang smooth akan tiba. mungkin mereka semua juga ada ujian masing-masing aku sendiri pun tak tau. 

mungkin kat muka nampak ceria dalam hati sapa tau.

apepun tahniah untuk diri aku sendiri lah sebab takde yang wish congratz kat aku.

notakaki: duit aku hilang rm100 semalam. agaknya ada yang tak kena dengan duit tu kot. 



Saturday, October 9, 2010

yang mana satu ye?

oh..takde ape.aku cuma musykil tentang satu perkara.


yang mana better:

pandai memasak tapi rumah macam 'pulau samudera dilanggar todak"?

atau

pandai mengemas tapi masak 'laukku tak cukup masin'?

kalau rumah bersepah kang laki komplen. sebelah stokin dalam laci..lagi sebelah masih dalam washing machine. kemeja gosok sendiri. briefcase letak atas meja makan. kunci rumah bawah meja. kunci kereta bawah katil. seluar kerja semalam lagi seminggu belum tentu berbasuh.TAPI bab memasak gerenti beres.cuma pinggan mangkuk dah melimpah keluar dari sinki. sampah dah berbau baru nak buang, eei...

kalau pandai mengemas.rumah kemas. bersih. baju berlipat cantik bergosok. rumah takde habuk walau sebutir. semua teratur. ruang tamu wangi..bilik tidur lagi wangi. cuma..tak pandai masak. nasik pun hangit. masak lemak ke gulai cair pulak. goreng telur pun hangus. bila laki mintak air teh o..tawar  rasa hampas teh je..adoi..

err..tak payah la cakap pasal golongan pandai memasak dan mengemas. kompem la yang ni menjadi pilihan. ataupun golongan yang harap muka je lawa tapi bab suri rumahtangga hampeh. yang ni kompem kena reject siap-siap.

tapi sebab aku selalu berjumpa golongan yang sentiasa memusykilkan aku.

sekali lagi ye..

pandai memasak tapi rumah macam 'pulau samudera dilanggar todak" ?

atau

pandai mengemas tapi masak 'laukku tak cukup masin'?


notakaki: aku tak pandai masak dan mengemas. aku juga tidak mempunyai wajah yang menarik. ni lebih musykil sebab encik housemate nak pulak dekat aku.


antara HUTANG dan UJIAN

huh..

HUTANG?
sepatah kata tapi huraian pasti berjela.

sejak akhir-akhir ni aku rasa gusar.  maklumlah hutang banyak. nak setel semua tak mampu.

buntu.

kita berhutang dengan orang lain sebab orang yang berhutang dengan kita tak bayar-bayar duit kita. camne tuh?

memang hangin dan panas hati. TAPI KENA SABAR.

tapi walau ape pon aku nak selesaikan hutang sendiri terlebih dahulu. sebab aku takut aku 'pergi' dulu before sempat bayar semua hutang yang ada.

bunyi macam banyak sangat je kan? tapi even tak banyak pun kalau tak bayar tetap kene bakar api neraka jugak.

tu yang aku risau sangat sebenarnya.hati tak sedap.

maka first thing PTPTN haruslah diutamakan dahulu sampai selesai.

dan..

duit member-member walaupun ada kata tak payah bayar balik pun takpe tapi aku tak sedap hati kalau tak bayar.

dan..

tu je la.

yang best aku TAK berhutang rumah dan kereta serta credit card. alhamdulillah sebab beban ke arah tu tak ada.

cuma..buat masa sekarang kewangan tak berapa memberangsangkan. sebab tu bende ni menjadi isu dan berlegar-legar dalam kepala. so kalau ada sapa-sapa yang ajak dinner ke..cuti-cuti malaysia ke..jalan-jalan carik makan ke..ajak pegi kenduri kawen tapi aku tak response tu sebenarnya aku tak bole nak enjoy sebegitu la. sebab aku nak bayar hutang serta banyak komitmen.

serius.

sebab ada kata kat aku bukannya keluar duit banyak sangat pon kan nak join bende-bende sebegitu. ahh..gile ape..maunye tak keluar duit. tak masuk nak beli baju. kunun nak sesuaikan dengan theme ke ape..kasut baru..alat make-up apa semua tu tak pakai duit ke. duit minyak nak keluar. duit makan. duit hitu hini.

kalau aku ni selfish dan hanya nak berenjoy memang mampu sangat lah nak join korang TAPI aku banyak komitmen dan keperluan lain perlu dilaksanakan dan diutamakan.

ye la..aku bukan macam korang kan yang still bole harap parent hulur duit kalau dah sesak-sesak. sambung belajar pun parents sponsor. kereta pun pemberian ibu bapa. nak beli gadjet harga riban-riban pun takde hal lah. tak perlu bagi parents duit hasil titik peluh korang sebab mentang-mentang diorang tak mintak. tak perlu meminjam duit dari orang lain jike terdesak. tak perlu buat kerja partime sambil belajar untuk menampung hidup. tak perlu pikir tanggungan. tak perlu support adik-adik punya belanja sekolah. tak perlu kais pagi kan pagi kais petang makan petang untuk mendapatkan rezeki. bla..bla..bla..

so sila paham lah keadaan aku ye. aku banyak komitmen. bukan nak jadi kera sumbang dan tidak berniat mengendahkan segala invitation. maaf semua.

akhir kata..akan tiba masa aku untuk spent time dengan kamu semua.

notakaki: last time dengar ceramah, orang yang diberi ujian yang berat kat dunia ni akan dipelihara di akhirat kelak. kalau bersabar dengan ujian maka dijamin syurga untuknya. insyaallah.