Monday, October 11, 2010

kayuh pelan-pelan

salah satu benda yang menjadi impian aku ialah menghadiri hari konvokesyen lepas tu naik stage terima transkrip ijazah.

dan akhirnya setelah terlambat 2 tahun berbanding kawan-kawan maka akan terlaksana juga lah impian aku tuh.

cuma..

aku memang cukup excited lah walaupun kawan-kawan aku yang dah lama grad semua tak hairan sangat. maklumlah diorang siap dah ada yang sambung belajar ambik master ape semua. dah keje gaji masyuk. dah pakai kereta sendiri. dah ada yang berumahtangga dan beranak-pinak.

dan the latest aku tau ada sorang member dapat offer jadi lecturer dan tercapai goal dia setelah setahun menunggu.

sedangkan aku baru nak menerima ijazah aku!!

aku kata kat dia "semua orang dah sampai LONDON aku baru kat AIRPORT"

tapi dia kata "rilek la.pelan-pelan kayuh."

ye..memang aku kayuh pelan gile. sebab macam-macam halangan perlu aku tempuh. mungkin hari ni hari aku yang penuh dengan obstacle. 

dan aku harap semoga tak lama lagi hari aku yang smooth akan tiba. mungkin mereka semua juga ada ujian masing-masing aku sendiri pun tak tau. 

mungkin kat muka nampak ceria dalam hati sapa tau.

apepun tahniah untuk diri aku sendiri lah sebab takde yang wish congratz kat aku.

notakaki: duit aku hilang rm100 semalam. agaknya ada yang tak kena dengan duit tu kot. 



2 comments:

Aleen Aiden said...

xpe..pelan2 kayuh..aku paham sgt kes ko nih.sbb aku pon tegolong dlm golongan yg "spesel" mcm ko.hu3.jgn patah smangat nah.

gaara said...

baba ko ckap x de sape ckp tahniah.. so aku mulakan ckap.. tahniah bab dh gred...

bak kate org tua2 cikit2 lama2 jd bukit..