Saturday, October 9, 2010

antara HUTANG dan UJIAN

huh..

HUTANG?
sepatah kata tapi huraian pasti berjela.

sejak akhir-akhir ni aku rasa gusar.  maklumlah hutang banyak. nak setel semua tak mampu.

buntu.

kita berhutang dengan orang lain sebab orang yang berhutang dengan kita tak bayar-bayar duit kita. camne tuh?

memang hangin dan panas hati. TAPI KENA SABAR.

tapi walau ape pon aku nak selesaikan hutang sendiri terlebih dahulu. sebab aku takut aku 'pergi' dulu before sempat bayar semua hutang yang ada.

bunyi macam banyak sangat je kan? tapi even tak banyak pun kalau tak bayar tetap kene bakar api neraka jugak.

tu yang aku risau sangat sebenarnya.hati tak sedap.

maka first thing PTPTN haruslah diutamakan dahulu sampai selesai.

dan..

duit member-member walaupun ada kata tak payah bayar balik pun takpe tapi aku tak sedap hati kalau tak bayar.

dan..

tu je la.

yang best aku TAK berhutang rumah dan kereta serta credit card. alhamdulillah sebab beban ke arah tu tak ada.

cuma..buat masa sekarang kewangan tak berapa memberangsangkan. sebab tu bende ni menjadi isu dan berlegar-legar dalam kepala. so kalau ada sapa-sapa yang ajak dinner ke..cuti-cuti malaysia ke..jalan-jalan carik makan ke..ajak pegi kenduri kawen tapi aku tak response tu sebenarnya aku tak bole nak enjoy sebegitu la. sebab aku nak bayar hutang serta banyak komitmen.

serius.

sebab ada kata kat aku bukannya keluar duit banyak sangat pon kan nak join bende-bende sebegitu. ahh..gile ape..maunye tak keluar duit. tak masuk nak beli baju. kunun nak sesuaikan dengan theme ke ape..kasut baru..alat make-up apa semua tu tak pakai duit ke. duit minyak nak keluar. duit makan. duit hitu hini.

kalau aku ni selfish dan hanya nak berenjoy memang mampu sangat lah nak join korang TAPI aku banyak komitmen dan keperluan lain perlu dilaksanakan dan diutamakan.

ye la..aku bukan macam korang kan yang still bole harap parent hulur duit kalau dah sesak-sesak. sambung belajar pun parents sponsor. kereta pun pemberian ibu bapa. nak beli gadjet harga riban-riban pun takde hal lah. tak perlu bagi parents duit hasil titik peluh korang sebab mentang-mentang diorang tak mintak. tak perlu meminjam duit dari orang lain jike terdesak. tak perlu buat kerja partime sambil belajar untuk menampung hidup. tak perlu pikir tanggungan. tak perlu support adik-adik punya belanja sekolah. tak perlu kais pagi kan pagi kais petang makan petang untuk mendapatkan rezeki. bla..bla..bla..

so sila paham lah keadaan aku ye. aku banyak komitmen. bukan nak jadi kera sumbang dan tidak berniat mengendahkan segala invitation. maaf semua.

akhir kata..akan tiba masa aku untuk spent time dengan kamu semua.

notakaki: last time dengar ceramah, orang yang diberi ujian yang berat kat dunia ni akan dipelihara di akhirat kelak. kalau bersabar dengan ujian maka dijamin syurga untuknya. insyaallah.


No comments: