Wednesday, July 28, 2010

sengal

ape itu sengal?..sengal sendi?..sengal-sengal badan?..ha..sape tau kat sini..sile angkat tangan.

tapi..

tak payah jawab..(sile turunkan tangan tu ye)

ok.sambung balik.aku pasti ramai yang dah sedia maklum maksud-maksud perkataan ni.kalau tak tau sile rujuk kamus dewan edisi ke-4 untuk maklumat lanjut.jangan tanye aku.hehe..

kite selalu orang selalu sebut macam ni.."eh..sengal betul la mamat tu.." kate si A.

kadang-kadang orang cakap camni tentang seseorang yang berade pade tahap 'nampak kurang bijak' atau  bile beliau berada dalam keadaan 'blur' dan 'lampi'(lambat pick-up)..

"biase la tu.die tu..kan memang sengal..kau tak tau ke?" kate si B dengan mulut terjuih pade sessi joyah-menjoyah mereka.

dan juge ayat-ayat lain yang mungkin korang penah dengar la.aku tak tau.

dan yang pasti orang yang cakap tu tak maksudkan pasal sakit-sakit sendi atau badan tapi die maksudkan bende lain seperti yang aku nyatakan kat atas tu.

tapi mungkin tak semua orang akan pakai perkataan tu dalam ayat-ayat untuk menunjukkan 'kesengalan' seseorang seperti mak-mak kite atau cikgu-cikgu bahase melayu korang ataupun adik-adik yang baru pandai cakap..dan sape-sape lagi lah.

cikgu bahase melayu takkan cakap sengal untuk menunjukkan 'kesengalan' korang tapi mungkin akan cakap:
"kamu ni memang lambat sikit ye nak menangkap ape yang saya ajar tadi?"..

die tak akan cakap:
"sengal la kamu ni.tu pon tak paham ke?"..


mak-mak pulak akan cakap:
 "kenapa kau buat muke blur bile mak cakap macam tu?.."
 
dia tak akan cakap:
"kenape kat buat muke sengal bile mak cakap macam tu?.."
(tak tau la kalau mak korang gune ayat ni.)


dan adik-adik yang baru pandai cakap pulak akan cakap ayat ni kat korang:

"sengal tu ape?"..sebab die memang tak tau ape maksud perkataan tu.

dan macam-macam lagi la.malas aku nak tulis.tapi persoalannye betul ke bile orang gune perkataan tu maksud die adalah seperti yang aku nyatakan tadi?..aku pon tak tau.mungkin betul dan mungkin salah.atau korang ade maksud-maksud lain ke?..(sile kemukakan jawapan anda sebentar lagi)..lain orang lain lah maksud yang difahami.tu ape yang aku faham..(lebih kurang..korang buat paham-paham je la)..aku tak tau la ape yang korang paham.

sebenarnye ni cume intro je untuk tajuk entry aku yang akan datang.kite bole bincangkan dengan lebih lanjut (kalau korang tak nak takpe.ade aku kisah?..) tentang perkataan ni kemudian.jangan risau.

to be continue...

notakaki: korang jangan buat-buat sengal pulak ye lepas bace entry ni.







Monday, July 26, 2010

korang lah bagi tajuk

masa aku tulis ni aku tak tau apa yang aku nak tulis sebenarnya. tapi aku cuba jugak lah tulis.camni lah..tadi aku rasa sedikit tergugat.kecewa mungkin.tapi bukan kes berat.runsing tapi masih terkawal.apa kes nya ni?..kesnya ialah identitiku telah terdedah.oh..tidak.impian aku yang ingin menjadi seorang anonymous-dan-boleh-stalking-blog-mereka-tanpe-diketahui telah kecundang.

kantoi?..ye..kantoi.tapi sorang je la yang tau.siap tulis email lagi.tak lah hebat sangat sebab email aku memang telah diketahui umum maka tak hairanlah si penulis komen itu dapat meneka siapa aku.cume point nya kat sini aku bukan rasa tergugat jika dia mengetahui identiti aku tapi sebab goal aku dah kompem2 la tak achieve.adoi.kalo tau pon diam-diam dah lah.tak payah bagi tau walaupon kamu tau.biar aku perasan sendiri yang tiada siapa-siapa kenal aku.

walaubagaimanepon ada satu cara je untuk aku mengatasi masalah ini.aku akan terus pretend yang si penulis itu tak penah memberi komen sebegitu.dan sesiapa jua yang dapat meneka juga akan aku abaikan.hasilnya aku bakal mendelete komen-komen mereka dan aku boleh terus perasan sendiri.baru la slogan 'glad to be anonymous' masih boleh digunapakai kan.ye..baru puas hati aku skarang.ha..bernas tak idea aku ni?..ngeee...




"glad to be anonymous"

Muka yang tadi kelat dah jadi manis dan ceria

ha..tadi aku ter emo sekejap. merujuk kepade entry sebelum ni, berperasaan seperti loser memang tak syok. aku tau korang mesti pernah rasa macam tu punya. tipu ar kalau tak pernah jadi loser.sebab setiap orang mana perfect.sekali dua mesti akan rasa kekalahan punya. cuma maybe different situation je.ah..apa-apa je lah.tapi yang penting aku dah ok. jiwa yang tadi sedikit kacau dan berkecamuk sudah tenang kembali. raut wajah kembali normal malah sudah boleh  tersenyum. hati tidak lagi runsing. aku ceria. aku gembira. aku bersyukur.


rahsianya?..


owh..tiada rahsia. setelah bersolat maghrib diikuti solat isyak. sambung pulak dengan bermuhasabah diri tadi..aku terpikir banyak benda. lepas tu aku mula menghadap kembali komputer riba sambil denga lagu 'cuba lagi' by malique ft lah ve.. semangat aku dah kembali. mungkin bila dekatkan diri dengan DIA buat aku cool down.setelah tu aku mula berfikir.tentang rezeki.tentang takdir.dan jalan hidup aku.sepatutnya lah aku kena bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. mungkin hari aku belum sampai.kena lah tunggu ye tak?..dengan semangat aku yang dah pulih.dengar pulak lagu yang motivate diri maka aku rasa cukup lega. tambah-tambah pulak waktu hujan-hujan macam ni aku rasa sejuk dan kewl je.eh..hujan?..jap..jap..baru aku sedar hujan ni tak berhenti dari pukul 5 petang tadi.serius.lama gila. patut lah takde setitik peluh menitis sebab selalu kalau time-time macam ni aku dah pakai baju yang kalau boleh takde lengan.pastu pakai short pant.sebab panas punya pasal.maklumlah rumah batu yang tiada pengaliran udara yang baik beserta lokasi di bandar yang penuh pencemaran. kebetulan pula air-cond buat hal,dah set 16 deg celcius tapi temperature rasa mcm duduk dekat padang pasir.rosak lah tu. isk..terpaksa pakai kipas kaki pendek yang di sponsor oleh encik housemate.

oh..encik housemate tu memang selalu sponsor barang-barang dalam rumah ni.dah memang tanggungjawab dia.wajib.semuanya dia yang kena keluar duit.best tak jadi aku?..hehe

oke..aku dah terkeluar tajuk dah ni.sambung balik apa aku cakap tadi. motivasi diri.hah..ni aku petik sikit lirik dari lagu 'cuba lagi'..lagu yang bagi aku semangat tadi.

"satu dua tiga dan empat
cuba berkali masih tak dapat
lupakan sakit segan dan penat
nanti di puncak pasti terubat

empat tiga dua dan satu
puncaknya betul aku di situ
ada dah dekat ramai yg berbatu
cuba lagi dik ku tunggu"


lagi..

"nah!bukan senang hendak menang
apatah lagi jadi juara
nah!bukan senang nak jadi bintang
apatah lagi jadi lagenda"


dan lagi..


"dah cuba berkali2
masih tak menjadi2
tapi ku tak patah hati
tiap kali gagal aku cuba lagi
aku cuba lagi
aku cuba lagi
hanya yang lemah kan lari
jadi lelaki dan cuba lagi"


motivated tak lirik-lirik dia. aku petik part tertentu je ni. yang lain kalau korang nak dengar aku letak kat bawah ni. sila la enjoy mendengarnya ye.



Sunday, July 25, 2010

loser

saat ini..di ketika ini..
aku rase macam loser.terasa seperti tak berguna dan begitu kerdil di mata mereka semua.oh..bukan itu saje.rasa seperti sangat tidak diperlukan.dan tidak dipedulikan.

asing..terpinggir..isolated bahasa omputihnye.

ahh..perasaan ni mesti datang tiap kali aku berada di kalangan mereka yang hebat dalam bidang aku.sebab aku tak lah hebat sangat.mungkin aku dah salah pilih jalan ni. tapi bukankah ia tak akan jadi salah pilih bile itu memang ketentuan hidup aku. ini takdir aku.aku perlu terima takdir ni untuk jadi macam ni. eh..bukan takdir untuk jadi loser tapi takdir aku berada dalam bidang yang aku tak expert sangat. kalau bagi add math ke.kira-kira...formula ke..benda-benda fakta..details..teori..tu aku terer lah.ehh..bukan nak belagak tau!! tapi tu bende yang aku tau dan agak expert suatu ketika dahulu. tapi apa yang aku alami sekarang sesuatu yang aku tak boleh carry on.

ohh tidak..kenape perlu rase begini?

aku benci sungguh kehadiran perasaan LOSER ni.pergi berambus la kau LOSER.jangan lah dekat-dekat dengan aku.aku mahu jadi WINNER.

kenapa aku berperasaan begini?..

ahh..puncanya bile diorang menang competition tapi aku tak menang. bukan  setakat tak menang.malah tidak di inform pasal kemenangan mereka dalam pertandingan tu juga majlis penyampaian hadiah mereka.. ehh..memang diorang takkan inform aku lah sebab aku mana menang.isk.. tapi rasa kecundang dan tahap keyakinan diri merundum amat sangat.


dalam kepala aku terngiang-ngiang suara diorang berbunyi begini..

"oi..loser..loser.."  atau ini..

"kau memang x patut menang.kau mane hebat".. juge ini..

"eh..grup ko x menang ke?..kitorang dapat rm3000 menang ni";;

yang sebenarnya diorang tak cakap macam tu pon dekat aku.tapi reaksi senyuman para pemenang yang begitu bangga meng'capture' gambar kemenangan bersame cek yang diterima seolah-olah menyuarakan ayat-ayat itu dekat aku.

haishh...masih lagi terngiang-ngiang ni.

bagaimana harus di hentikan.ditambah pula bila daya ingatan aku ni tiba-tiba je terbayang wajah-wajah pensyarah yang memberi senyuman sinis terhadap hasil kerja aku satu waktu dulu..

ehh..ni dah lebih!!.tidak..tidak..mungkin aku patut pergi SOD LAM ALIF TA sekarang untuk menenangkan diri juge menunaikan kewajipan.suare panggilan telah berbunyi.kene pergi ni.

notakaki: post ini menjadikan aku sebagai orang yang mempunyai krisis dalam diri dan konflik tanpa henti.


kereta-merah-putih dan meter

si merah-putih


kisah ni dah lama. tak silap aku 2 tahun lepas punya story..tapi tak mengapa.oleh kerana ada unsur jenaka so aku post dekat sini. aku ingat lagi. masa tu ingin hang out bersama rakan-rakan.heading to sentul. tahan teksi tepi jalan chow kit dikala matahari memancar-mancar keterikan. ahh..sekor pon tak mau berhenti.

hampeh..

tunggu punya tunggu ada lah seketul kereta-merah-putih berhenti. cakap nak pergi Sentul je tak mau ambik. apahal entah. watdefakk?? peluh dah menitik-nitik tak payah cakap lah. 

masa berputar...

kalau menapak confirm dah sampai. hati sudah panas. muka member aku dah macam ayam nak terberak. tapi sabar tu kan separuh daripada iman so aku tunggu lagi. tang teksi ke-2 berhenti tanya nak pergi mana aku dah lega sikit. muke member aku yang macam ayam nak terberak tadi dah mula nampak macam si ujang jiran sebelah rumah aku yang dapat makan time waktu berbuka. ada sedikit senyuman terpamer.huh..

dipendekkan cerita..brader teksi tu setuju nak ambik kitorang. so apa lagi kitorang pon laju je meluru masuk ke perut si-merah-putih.

akan tetapi..
brader tu kata dia baru bawak teksi.tak biasa nak ke Sentul. dengan tak bermeter dia nak cas ikut harga dia. tapi malangnya dia yang tak biasa or tak pernah kot bawak penumpang pergi sana. so brader tersebut pon bertanya lah dekat kitorang berapa selalu tambang ke destinasi kitorang tuh.

lebih kurang macam ni lah bentuk perbualan kitorang dengan brader teksi tu :

brader teksi: saye baru je bawak teksi ni. tak tau pulak jalan ke tempat korang tu
aku: takpe bang saye tau.
brader teksi: selalu berapa tambang pergi sana.(tak nak pasang meter bajet untung)
kawan aku: senang je bang. takde la jauh sangat. selalu saye pergi sana rm10 ke rm12 je kalo pakai meter.
aku: aah bang.dekat je tempat tu.
brader teksi: oo..ye ke..kalo camtu abang ambik rm15 boleh ke? balik nanti kosong takde untung pulak..(brader tu tersengih) so ni nak lalu mana ni?.. 
kawan aku: boleh lah bang. hmm..abg terus jalan depan tu belok kiri. kang saye tunjuk jalan.
brader teksi: ha..ye lah. 


 ***



setelah lebih 20 minit perjalanan.

brader teksi: jauh lagi ke tempat korang tu?
kawan aku: eh..dah nak sampai lah ni bang.
brader teksi: ye ke?..tadi kata tak jauh. ni jauh dah ni. betul ke tambang rm10 ke rm12 je pergi sana?
kawan aku: betul lah bang. tiap-tiap hari saya ulang alik. saya tau lah bang.


konpiden je member aku ni jawab. brader teksi dah mule berkerut-kerut.


***



setelah 45 minit..dah sampai dekat tempat kitorang tu

brader teksi: ha..korang nak turun kat mane ni?..
aku: depan tu je bang..

***

teksi berhenti..time untuk bayar tambang.

kawan aku: rm15 kan bang?..

si brader teksi cume angguk muka ketat. aku hulur sekeping not merah dan sekeping not hijau.


lepas tutup pintu. teksi berlalu. kitorang pon pecah perut gelakkan brader tu. lu dah kena beb!! kitorang bawak round 1 sentul dulu baru sampai. rm12 lah sangat. percaya bulat-bulat. tu lah..siapa suruh tak nak pakai meter. kalau pasang tadi dah dapat double. hwa..hwa..


MALAM masih MUDA

ohh..biasa lah..


surfing..virtual walking..


apa lagi?..

'facebook'ing..chatting..posting shout-out.main game city life yang mereka recommend.


lagi?..


dengar lagu..update blog..stalking page rakan-rakan.

eh..baru teringat.email to incik A belum send lagi..akan kembali sebentar lagi.don't worry be happy.




STALKER

merujuk kepada perkara di atas..apa itu stalker?..korang selalu ke stalking profile ke..blog ke..especially org-orang yang korang nak ambik tau perkembangan atau hidup dia.rasanya benda tu normal dan kebarangkalian untuk orang tau yang kita tengah stalk profile dia pon sangat rendah.

okey..berbalik kepada aku..hmm..aku suke stalk profile sorang minah ni dekat facebook.(shhh..jangan cakap kat siapa-siapa tau..) nak tau kenapa?..sebab nak tau progres dia lah.aku minat dia ke?..eiii.. tak lah.salah satu sebab aku nak tau apa dia buat bila dah grad.kitorang ni satu kelas.masa dalam kelas dulu minah ni boleh lah categorise as malas..suke main-main..asyik tidur je..selalu gila tuang kelas,,sampai kena aim dengan beberapa pensyarah,tapi yang tak bestnya..selalunya lah kalau orang-orang dalam kategori ni  sure susah nak score tapi memandangkan ke'bias'an encik/cik/puan/tuan pensyarah-pensyarah tersebut..maka minah ni lulus dengan tahap ok sangat.better than she should deserves.patut tak?..so bila dah grad ni aku nak tau lah dia ni terus kerja ke goyang kaki makan tanggung je dekat rumah.tapi korang nak tau tak apa jadi dekat dia..betul ke nak tau?..tak ada apa pon jadi dekat dia.yang aku tau dia tak kerja pon.seperti yang aku jangkakan lah.ye..memang dia anak orang kaya.mewah..ada kereta sendiri.nak duit bile-bila je mintak kat bapak dia.masa belajar dulu aku selalu je dengar bila dia call ayah dia..dia cakap cmni..

"pa..bank in duit kat my account.nak pakai rm200 la"..

tak pon kalau dia borak dengan kawan-kawan dia dan cakap macam ni.. 

"weh..bapak aku da masukkan duit.bole la g shopping pasni eh"

masyuk betul.haish..bestnya hidupkan?..kan?..kan??

tapi bagi aku lah tu bukan alasan untuk kita nak bersenang lenang je dekat rumah kan.dekat luar sana tu ramai yang bersusah payah carik kerja.tungkus lumus kerja siang malam hanya untuk dapatkan sesuap nasi.heh..tapi mesti korang pikir apa lah aku ni stalk minah ni nak buat ape.ye lah.problemnya kenapa dia yang aku pilih kan?..ala..aku jeles lah dengan dia.belajar main-main pon hidup ok je.sebab mak bapak banyak duit.adil kah?..untuk soalan ni aku tak boleh jawab.rezeki masing-masing kan.so aku just mendoakan yang terbaik untuk aku.semoga aku pon murah rezeki.korang yang baca ni pon murah rezeki jugak.and...minah ni?..hope dia pikir lah tak selamanya hidup senang kalau tak nak kerja tapi tunggu duit turun dari langit atau paling tidak duit yang keluar dari wallet ayah dia..dan..

sampai sekarang ni pon aku tengah tengok profile dia ni.ha...nak tau apa jadi dekat dia?..wahh..kaya-kaya lagi.die baru dapat ganjaran sebab menang competition yang bukan dia lah hebat pon.masuk by group.untung dia sebab group member dia yang lain memang hebat-hebat so kalau menang pon aku  tak heran.heh..ada nada-nada jeles sikit ni.huhu
ok la.kalau ada apa-apa lagi pasal minah ni nanti aku update la.sekian.

notakaki: lepas baca entry ni apa korang pikir pasal aku eh?..tapi..ada aku kesah??..hahaha maaf.ter'over'..


Saturday, July 24, 2010

berjalan-jalan di alam maya


baru menyinggah-nyinggah di blog lain.carik ilham.tapi bukan tiru taw!! kelihatan seperti blogku tidak berape cantik. bagaimanakah harusku improve ye?..anda ada idea tak?.. memandangkan aku masih baru lagi dalam dunia blogger ini so korang di alu-alukan memberi komen juge cadangan kat aku.sekian

new-born-baby-post

tarik napas dulu.1...2....3...

wahhhh!!!!..

dah ada blog.tapi..ketinggalan betul kan.orang lain semua dah ada blog sendiri.memang aku ketinggalan.so tengahari yang rembang ni..sambil dengar lagu-lagu dari malique n joe flizzow..RASMI lah aku sebagai seorang blogger.so korang sudi ke baca repekan2 aku ni.ada bran?..

perasmian blog gua