Sunday, July 25, 2010

kereta-merah-putih dan meter

si merah-putih


kisah ni dah lama. tak silap aku 2 tahun lepas punya story..tapi tak mengapa.oleh kerana ada unsur jenaka so aku post dekat sini. aku ingat lagi. masa tu ingin hang out bersama rakan-rakan.heading to sentul. tahan teksi tepi jalan chow kit dikala matahari memancar-mancar keterikan. ahh..sekor pon tak mau berhenti.

hampeh..

tunggu punya tunggu ada lah seketul kereta-merah-putih berhenti. cakap nak pergi Sentul je tak mau ambik. apahal entah. watdefakk?? peluh dah menitik-nitik tak payah cakap lah. 

masa berputar...

kalau menapak confirm dah sampai. hati sudah panas. muka member aku dah macam ayam nak terberak. tapi sabar tu kan separuh daripada iman so aku tunggu lagi. tang teksi ke-2 berhenti tanya nak pergi mana aku dah lega sikit. muke member aku yang macam ayam nak terberak tadi dah mula nampak macam si ujang jiran sebelah rumah aku yang dapat makan time waktu berbuka. ada sedikit senyuman terpamer.huh..

dipendekkan cerita..brader teksi tu setuju nak ambik kitorang. so apa lagi kitorang pon laju je meluru masuk ke perut si-merah-putih.

akan tetapi..
brader tu kata dia baru bawak teksi.tak biasa nak ke Sentul. dengan tak bermeter dia nak cas ikut harga dia. tapi malangnya dia yang tak biasa or tak pernah kot bawak penumpang pergi sana. so brader tersebut pon bertanya lah dekat kitorang berapa selalu tambang ke destinasi kitorang tuh.

lebih kurang macam ni lah bentuk perbualan kitorang dengan brader teksi tu :

brader teksi: saye baru je bawak teksi ni. tak tau pulak jalan ke tempat korang tu
aku: takpe bang saye tau.
brader teksi: selalu berapa tambang pergi sana.(tak nak pasang meter bajet untung)
kawan aku: senang je bang. takde la jauh sangat. selalu saye pergi sana rm10 ke rm12 je kalo pakai meter.
aku: aah bang.dekat je tempat tu.
brader teksi: oo..ye ke..kalo camtu abang ambik rm15 boleh ke? balik nanti kosong takde untung pulak..(brader tu tersengih) so ni nak lalu mana ni?.. 
kawan aku: boleh lah bang. hmm..abg terus jalan depan tu belok kiri. kang saye tunjuk jalan.
brader teksi: ha..ye lah. 


 ***



setelah lebih 20 minit perjalanan.

brader teksi: jauh lagi ke tempat korang tu?
kawan aku: eh..dah nak sampai lah ni bang.
brader teksi: ye ke?..tadi kata tak jauh. ni jauh dah ni. betul ke tambang rm10 ke rm12 je pergi sana?
kawan aku: betul lah bang. tiap-tiap hari saya ulang alik. saya tau lah bang.


konpiden je member aku ni jawab. brader teksi dah mule berkerut-kerut.


***



setelah 45 minit..dah sampai dekat tempat kitorang tu

brader teksi: ha..korang nak turun kat mane ni?..
aku: depan tu je bang..

***

teksi berhenti..time untuk bayar tambang.

kawan aku: rm15 kan bang?..

si brader teksi cume angguk muka ketat. aku hulur sekeping not merah dan sekeping not hijau.


lepas tutup pintu. teksi berlalu. kitorang pon pecah perut gelakkan brader tu. lu dah kena beb!! kitorang bawak round 1 sentul dulu baru sampai. rm12 lah sangat. percaya bulat-bulat. tu lah..siapa suruh tak nak pakai meter. kalau pasang tadi dah dapat double. hwa..hwa..


No comments: