Thursday, April 28, 2011

bukan hanya salah dia

*aku tak nak cakap banyak.cuma nak bagi pendapat.

ISU: Nak hentikan jual nasik lemak kat kantin sekolah tapi ada yang tak setuju.Nak teruskan penjualan pun ada tak setuju.

kenapa nasik lemak tu perlu dikurangkan pengambilan? sebab dia tak sihat,bersantan, berlemak dan berkalori tinggi,dan menyebabkan kegemukan sekiranya diambil dengan kadar yang banyak dan diambil dengan kerap.. yang ni semua mesti setuju.

so untuk penjualan kat kantin sekolah..mungkin perlu ganti dengan nasik putih instead of nasik tu dimasak dengan santan.

TAPI..

kalau nak 'salahkan' nasik lemak, kenapa tak pertikai nasik goreng yang kalori dia 772Kcal untuk sepinggan boleh sebabkan obesiti jugak kalau di ambil dengan kadar yang banyak berbanding nasi lemak yang hanya ada 507Kcal je sepinggan. rasanya ramai ibu-ibu akan masak nasik goreng untuk sarapan pagi kat rumah sebab senang dan cepat. dekat kantin sekolah pun rata-rata peniaga kantin ada menjual nasik goreng jugak kan?

macam mana pulak dengan roti canai? kalori dia pun tinggi jugak. mi goreng? 660Kcal sepinggan. mi kari? 529Kcal semangkuk. kuey teow goreng? 743Kcal sepinggan. rojak? 752Kcal sepinggan. mi rebus? 556Kcal semangkuk. pisang goreng sekeping pon dah 129Kcal.

KFC? Mc Donald? yang ni tak payah pertikai lah kan. 

let say makan ayam goreng KFC. ambik 2 ketul. 1 ketul bahagian peha dan 1 ketul kepak pun dah 486Kcal. kalau beli 1 set sekali dengan coleslaw dengan kentang putar jumlah kalori dah jadi  692 Kcal!! 

kalau makan Mc donald pulak, ambil french rice regular + cheese burger + coke = 778Kcal. ni yang minimum. kalau ambik french fries regular + big mac + coke = 1007Kcal!!

padahal this kind of food yang selalu budak-budak sekarang makan. tak terkecuali orang dewasa. 

maka tak pelik lah kalau ramai orang yang ada masalah kegemukan dan berpenyakit. unless rajin exercise dan sentiasa aktif.

persoalannya kat sini..

banyak lagi makanan yang berkalori tinggi sebenarnya dan akan sebabkan obesiti tapi kenapa hanya nampak nasik lemak yang 'bersalah' dalam hal ni?

tapi mungkin makanan ni yang paling glemer dan selalu dijumpai di kantin-kantin sekolah. cuma takkanlah dekat kantin tu hanya makanan ni je yang ada kan. banyak lagi makanan lain yang boleh 'disalahkan' dalam hal ni.

masa aku kat sekolah dulu, kantin sekolah aku ada jual roti canai, mi goreng,nasik goreng, mi kari dan macam-macam lagi la.nasik lemak pun ada. ingat lagi aku pulun roti canai 2 keping setiap kali waktu rehat hampir setiap hari dan berat badan aku memang bertambah dari hari ke hari. dan fevret aku kuey teow goreng dengan mi kari kalau-kalau aku dah boring menghadap roti canai. tapi tu dulu lah masa kat sekolah.

ahh..elok-elok nak tulis sikit tapi rasanya dah panjang berjela pulak entry ni. 

ape-ape pun kalau nak sihat banyak lah makan buah..makan sayur..minum plain water..exercise.tak kisahlah kurus ke gemuk ke. yang paling penting kan sihat. badan yang kurus tak semstinga sihat. kalau dah makan dan menjalani kehidupan secara sihat insyaallah badan akan sihat.

ingat..check jumlah maksimum kalori yang boleh korang ambik. macam aku 1200Kcal je sehari. baru boleh diet dengan betul. duit pun jimat.

notakaki: aku pun badan tak kurus. tapi alhamdulillah tak ada penyakit lagi. paras kolestrol pun tak tinggi. rahsianya makanlah secara sihat.


No comments: