Friday, August 13, 2010

Lelaki idaman


siapa lelaki idaman anda dan siapa pula lelaki idamanku?

1998 - tahun cik kiah dan rombongannya ke sukan komanwel.

zaman ni budak-budak kelas sibuk hafal lagu ziana zain dan lagu siti nurhaliza pastu pakat-pakat nyanyi ramai-ramai masa waktu rehat kat bawah pokok tepi padang sekolah.

tahun ni jugak tahun terpenting untuk aku sebagai seorang murid sekolah rendah sebab ada exam yang besar.

waktu ni umur aku baru mencecah 12 tahun.masih budak hingusan.masak nasi pon masih hangit.

tapi pada umur semuda ini aku sudah tahu apa erti perasaan meminati seseorang.mungkin terlalu awal untuk mengatakan aku jatuh cinta.kalau ye pon cinta mestilah cinta monyet punye.tapi waktu ni aku ada menaruh perasaaan kat seseorang.

oh.. tapi hanya menyukai dari jauh.macam orang selalu kate 'secret admirer'..

tahun ni mak aku juga sungguh pelik dengan aku yang tak boleh lambat sikit pergi sekolah.tak pernah ponteng aktiviti ko-kurikulum.juga tak pernah tuang kelas tambahan walau sekali.huh..dahsyat.

mesti mak aku ingat aku prepare kaw-kaw untuk UPSR.kalau ada award pasti aku akan menang kategori pelajar cemerlang sekolah.

tapi..


disebalik semua tu tak ada siapa pon tahu yang aku suka sangat berada kat sekolah sebab 'seseorang'.kerana 'dia' aku berazam nak dapat 5A untuk UPSR.maklumlah 'dia' budak pandai.

dan aku suka sangat pergi aktiviti ko-ko sebab 'dia' sama kelab dengan aku.huh..

time2 tu lah aku tak pasal-pasal tunjuk hebat dengan boleh selesaikan masalah matematik berbentuk kuiz yang cikgu aku tanya masa perjumpaan.

ingat lagi masa aku terketar-ketar menerangkan kat depan kelas cara menyelasaikan soalan.tapi dalam terketar-ketar tu mata aku sempat pulak mencuri pandang kat 'dia'.

adoi..kaki menggigil tapi cuba jugak bersuara lantang.tak padan dengan diri aku yang kecik.nasib baik jawapan aku betul.dahi dah berpeluh-peluh.satu kelas bertepuk tangan kerana 'kejayaaan' aku menyelesaikan soalan dengan tepat.

tapi yang aku paling ingat 'dia' tepuk tangan paling kuat.haha dalam hati bangga beb!

lepas tu cikgu cakap kat aku "bagus.kecik-kecik cili padi.nampak badan je kecik tapi otak bergeliga.." cikgu yang cakap tu! wah..bertambah kembang aku bila cikgu puji depan 'dia'.

agak-agak ada can tak aku nak mengorat 'dia' nanti?tapi macam mana eh..nak kena buat-buat pengsan ke depan 'dia'?

oh...tak pon buat-buat terlanggar bahu masa nak hantar buku kat bilik guru.

bajet-bajet rushing dan terlanggar bahu 'dia' yang baru turun dari tangga lepas tu buku-buku kat tangan aku pon bertaburan diikuti ucapan maaf sambil mengutip buku bertaburan tadi lalu tangan pon tak sengaja tersentuh sebab serentak mencapai buku yang sama kemudian mata bertentangan.

aku dan dia saling merenung..

tiba-tiba terdengar chorus lagu-lagu cinta dimainkan.kami terpaku seketika tanpa menghiraukan murid-murid lain yang lalu lalang.

tambahan pula suasana waktu rehat yang sibuk membuatkan mereka yang sudah kelaparan juga tidak mempedulikan kami di situ.masing-masing sibuk nak beratur paling depan untuk beli makanan.ataupun berebut-rebut nak dapat makanan RMT.

namun kami masih di situ..

bersaksikan tangga sekolah dan longkang kecil di kaki lima.dan selepas itu terasa suasana sepi seketika.tiada lagi lagu-lagu cinta dimainkan.hanya terdengar bunyi jantung berdegup kencang.

dup..dap..dup..dap..

oh..jantung aku lah tu.tiba-tiba...

"kamu tak nak duduk ke?" angan-angan dan bayangan kisah percintaan aku terhenti oleh pertanyaan cikgu yang puji-puji aku tadi.

aku pandang sekeliling.

oh..aku masih di hadapan kelas rupanya.masih tercegat sambil diperhatikan seluruh kelas yang berjumlah lebih 30 orang tu.

aku pon terkulat-kulat menuju ke tempat duduk aku.muka tiba-tiba rasa tebal.ramai pulak yang tersenyum-senyum kambing.cikgu pon senyum.makin tebal muka aku.isk..

yu lah.berangan lagi.

tapi last2 sampai habis sekolah aku masih tak ada kekuatan untuk menegur 'dia'.malu sebenarnya.

kadang-kadang ada jugak nampak 'dia' pandang-pandang kat aku masa dengan kawan-kawan 'dia'.mereka pon pandang aku jugak.

tapi mesti sebab 'dia' nak tunjuk kat kawan 'dia' yang aku lah budak yang berangan masa perjumpaan kelab matematik.

ah..biarlah.mungkin tiada jodoh antara kita.


2001 - tahun ulangkaji dahsyat dan study group dengan rakan-rakan outsider.


tahun ni penting jugak untuk aku.tapi kalau ikutkan aku takdelah study gile-gile sampai makan dengan buku,tido berbantalkan buku,mandi bawak buku,ataupun tunggu queue kat public phone dekat pondok jaga sambil tekun menelaah.

oh..memang BUKAN hidup dengan buku semata-mata lah.

tapi tahun ni geng yang selalu setia ke sana ke mari bersama-sama...decide untuk jadi outsider.

oh..lupe nak cakap.aku sekolah agama asrama harian yang pelajarnya semua perempuan.kalau ikutkan boleh je aku nak ulang-alik dari rumah memandangkan ramai yang tinggal area rumah aku pon berulang dari rumah.

tapi aku tak nak.konon nak berdikari bila tinggal kat asrama.

member-member dari sekolah rendah aku dulu pon ramai yang pilih untuk tak duduk asrama termasuklah sorang kawan aku ni yang tiba-tiba buat keputusan nak jadi outsider secara rasmi.

dah dua tahun dia jadi outsider tak rasmi.kerap balik rumah tanpa kebenaran.mujur tak kantoi.kalau tak haru jugak.kalau tak balek rumah pon,dia akan tumpang tido kat rumah kawan kitorang yang lagi satu.mula-mula aku takde lah join.


walaupun begitu..bile da 3 tahun dilanda keboringan suasana asrama..stress pulak dengan exam yang kian hampir so aku pon melepaskan tensen dengan join mereka berlepak-lepak dan bersenang di rumah kawan kitorang yang lagi satu tu.beliau adalah seorang outsider dari awal memasuki sekolah ni.

alasan yang aku guna untuk menyedapkan hati aku lepas dah break the rules ialah nak buat study group dengan diorang.

padahal kat rumah kawan aku tu kitorang bantal mengadap tivi.layan telenovela amerika latin yang tengah top kat tivi masa tu.

tak silap aku cerita yang aku syok sangat tengok dan tak boleh miss time tu 'la usurpadora'.kisah dua orang kembar yang jelita dan berlainan karektor.

cewah..bukan main santai kitorang time tu.tapi bila teringat lagi beberapa hari PMR nak dekat kalut jugak kitorang.

member kamceng aku terus kansel keluar dating dengan balak tersayang (muntah hijau jap).

yang sorang lagi tiba-tiba dah ada buku nota kecik yang di bawak ke hulu ke hilir sambil mulut terkumat-kamit menghafal sesuatu.

namun masih tak ketinggalan update siri telenovela fevret setiap hari.

eh..apa kaitan pulak semua ni dengan kisah lelaki idaman aku?

sebenarnya time tu aku tak ada pon perasaan kat siapa-siapa.nak bercinta apatah lagi.tiap-tiap hari di kelilingi kaum sejenis je.takkan nak bercinta dengan mereka.isk..cinta terlarang tu!!

walabagaimanapun,ada jugak salam perkenalan dari beberapa budak lelaki yang berkawan dengan geng-tengok-la usurpadora aku tu.

oleh kerana dah 3 tahun terperap dalam asrama dan tak bercampur dengan kaun adam maka aku tidak mengendahkan salam perkenalan mereka.rupa dorang pon aku tak tau.

ah..sudahlah.PMR just around d corner.tengok tivi takpe asalkan jangan sibuk nak bercinta.

lagipun masa tu hormon remaja aku yang tak menentu buat aku rimas.jiwa kacau.bukan apa.kejap rasa nak bercinta.kejap rasa tak nak.

time tu pulak zaman tomok menjadi kegilaan.nampak macam desperate pulak bila diorang berebut-rebutkan gambar tomok dalam majakah URTV.sampai masa-masam muka semata-mata saling cemburu.

semua nak mengaku tomok tu balak diorang.isk..

aku masih belum se'desperate' itu untuk ber'boyfren'.

so perasaan ingin bercinta aku pendamkan begitu sahaja lantaran merasa sedikit kegelian setelah menyaksikan mereka bermesra (masih terkawal) dengnn boypren masig-masing time hujung minggu waktu cuti sekolah juga insiden berebutkan tomok..

tak kurang juga yang putus cinta dengan pasangan sampai tak lalu makan..mandi tak basah (kadang-kadang tak mandi) ..tidur-tidur ayam.oh..tak sanggup aku.biarlah aku single.

oke..aku sambung balik..

dah bertahun-tahun rahsia itu dipegang.akhirnya terlepas jua ke gegendang telinga aku.geng-tengok-la usurpadora dulu sekelas dengan aku masa sekolah rendah.

dia bukak balik cerita lama pasal budak yang aku minat masa aku darjah 6 .

rupa-rupanya dulu aku tak bertepuk sebelah tangan.'dia' yang aku minat dulu tu pun suka kat aku jugak.bila aku rujuk balik kat kawan aku tu..'dia' memang suka aku dari awal.sebelum insiden berangan kat depan kelas lagi.

adoi..nampak sangat takde jodoh antara aku dan 'dia'.lepas tu aku tanya kawan aku mana dia dapat tau pasal hal ni.dia jawab "satu kelas kita dah kecoh lah.ko je yang tak tau" ..

jawapan itu memang betul-betul buat aku blur setengah hari..'macam mana aku boleh tak tau bende ni?'..isk..



2002 ke 2003 - tahun bertukar angin.dari 'honeymoon' year ke exam-penentu-masadepan.

bila dah dewasa sikit ni hati pon ikut dewasa.konon nye lah.kawan-kawan baru.suasana baru.kali ni dapat masuk sekolah campur tapi masih asrama harian.

aku sedikit 'culture shock'..3 tahun aku hidup bersama kaum hawa.aku akui berasa kurang selesa masa mula-mula sesuaikan diri kat sini.

kalau dulu kat kelas aurat tak perlu jaga sangat melainkan ada uztaz atau cikgu lelaki.

tapi sekarang semua kena jage setiap masa.nak berkomunikasi kene control.nak jalan kene check ada tak kain terselak ke.tak pon keluar je dari asrama pempuan check dulu baju kurung jarang ke tak.

ah..ape-ape lah.aku bukan nak cerita pasal tu.tapi pasal lelaki idaman.

oke..umur dah masuk 16.dah pandai layan lagu.dah pandai admire artis berwajah hensem.dah ada aura nak bercinta.biasalah remaja yang baru nak meningkat naik.dah ada pulak ciri-ciri lelaki idaman yang perlu di ambil kira.

ia seperti berikut:
  • kene muke hensem tak nak ade jerawat
  • pandai main gitar
  • tak nak yang skema
  • mesti baik dan gentleman
  • nak yang tinggi (sebab aku tak berapa nak tinggi)
  • nampak nakal tapi ambik berat bab agama
wah..wah..bukan main aku waktu tu.memilih pulak.bagi aku dah cukup perfect lah kalau ada ciri-ciri ni.

setelah sekian lama aku jumpa si B yang tinggi dan nampak nakal tapi ambik berat bab agama.muke boleh tahan dan bukan seorang yang skema.

kalau dah ambik berat bab agama tu mesti baik punye kan.tapi aku tak tau dia pandai tak main gitar.tak tanya lah pulak.tapi dia selalu jadi imam waktu solat maghrib berjemaah.

sungguh sejuk hati ini..

aku terus meminati dia dalam diam sampai lah habis sekolah.sama lah macam kes sekolah rendah dulu.sampai ke sudah bibit-bibit percintaan tak dapat dicambah.

takpe lah.nanti masuk universiti aku carik lah yang steady.

oh..ada banyak kisah sebenarnya tapi aku malas nak cerita.takde idea.otak tiba-tiba tepu dan slow macam pc aku waktu study dulu time tengah scan virus.


2004 - dunia baru

memandangkan otak aku semakin tepu dan kurang efektif..tiba-tiba je kenangan zaman matrik hilang dari kotak memori aku.aku hanya nampak 'kekosongan' dan kelam.

aku cuba ingat-ingat balik tapi tak boleh.adoi.kenapa pulak ni?

aku rerfresh dengan berehat seketika sambil layan jus oren buatan encik housemate tapi setelah take a break aku masih tak dapat recall.

kabur..

ah..nampaknya terpaksalah aku sambung kisah lelaki idaman ni di entry yang akan datang.harap-harap ingatan aku akan pulih seperti sedia kala.mana tau nanti terjumpa pulak ke gambar-gambar lama dan surat dari orang-orang yang pernah wujud di zaman matrikulasi suatau ketika dahulu.

tapi satu je aku ingat.ciri-ciri lelaki idaman masih sama seperti dulu.yang lain-lain...ahh..nanti lah aku tulis.


to be continue...

notakaki: tiada notakaki.maaf aku sedang blur.

No comments: