Wednesday, August 11, 2010

benarkah korang sudah senang?


Bagi aku sudah senang bila aku rasa selesa dengan apa aku ada.contohnye,walaupun tak ada kereta dan hanya ada rumah tempat berteduh tapi kalau ia bole buat aku happy dan selesa so dah cukup senang lah tu.

ataupun..

kalau cukup makan dan cukup duit walaupun hanya duduk rumah flat yang tak best mcm duduk rumah banglo asalkan aku tak meminta-minta dan tidak berhutang maka dah cukup senang lah bagi aku.

moralnya kat sini apa yang aku maksudkan ialah senang bagi aku tak perlulah ada rumah mewah..kereta besar..jawatan tinggi atau apa saje yang biasenye ditakrifkan oleh sesetengah individu.

sebab kadang-kadang bila kita kata kita dah senang mulalah orang akan fikir yang kita ada harta melimpah-limpah.ada yang salah tafsir.ada juga yang tak puas hati dengan statement kita.

mereka mula menyalah anggap dan menyangka kita sengaja menunjuk-nunjuk apabila menyatakan yang kita sudah senang.padahal pada hakikatnya kita hanya duduk rumah flat dan tak ade kenderaan.

tapi WALAUBAGAIMANAPUN aku tidak menyalahkan mereka.kerana setiap orang mempunyai persepsi berbeza tentang istilah 'sudah senang'.

DAN SEBENARNYA (bak kata YUNA) bila menyatakan yang aku dah senang mungkin kerana aku excited setelah mendapat kesenangan lebih dari sebelum ni.pada aku dah dapat duduk rumah sendiri dan tak menyusahkan orang lain tu dah buat aku bersyukur sangat dengan pemberian tuhan.

aku redha jika ditakdirkan itu saja yg Allah beri kat aku asalkan aku mudah untuk beribadah kepada DIA.

maksudnye ..
jika aku hanya dapat duduk rumah flat buruk(tapi dalam dia cantik) yang tak sebest rumah banglo tetapi hanya kerana itu aku masih dapat ingat DIA so dah cukup senang lah tu.cubalah kalau DIA bagi aku banglo mewah belum tentu aku ingat DIA dan dapat beribadah kepada DIA.

contoh lain..jike ditakdirkan aku tak ada kereta apatah lagi nak pakai sportcar..tapi aku masih dapat beribadah kepada DIA so aku dah rasa senang hati.kerana yang paling penting adalah DIA..harta tak lagi penting.

aku cuba ubah persepsi aku supaya hidup bersederhana.insyaAllah.

(sekiranya DIA memberi aku rezeki yang murah dan ditakdirkan aku dapat merasa hidup mewah semoga aku takkan lupe kat DIA.korang datang lah carik aku so aku boleh tolong apa yang patut)


SESI MENGIMBAS KENANGAN - sekadar secebis pengalaman meniti kesusahan dunia...


kisah satu: si susah yang tamak


naive nya aku suatu ketika dulu.rasa malu sangat bila fikir balik yang aku nak itu ini padahal semua tu tak boleh bawak mati.oh..memang TAK PATUT bile aku berdoa begini:


" ya Allah,semoga aku dapat hidup mewah dan tak akan hidup susah lagi.harap-harap aku dapat pakai sportcar bila ku dah berusaha berjaya kelak.Kau berilah aku kesenangan di dunia ini.semoga aku mampu memiliki harta dan sebagainya..." kataku yang sedang SUSAH GILA waktu tu.


maklumlah nak makan pon tak lepas plus mak aku kerap call sebab nak pakai duit.lagipun sekadar kerja part time brape lah sangat aku dapat.belajar pon tak habis lagi.


(ada banyak lagi aku mintak tapi aku malas nak tulis semua sebab banyak sangat)

oh..rupa-rupanya bukan orang senang je boleh lupa diri tapi orang susah pon lupa diri gak.nak mintak yang bukan-bukan.oh..sungguh tak matang aku waktu tu.
dan bertambah lagi tak matang diri aku dalam kes berikut...


kisah dua: seorang aku dan pc ketika tidak berkenderaan


satu ketika dulu time belajar aku pakai pc bukan laptop.pc pulak yang murahan je.RAM pon 512.tapi flat screen monitor.

aku sangka ia menyusahkan kerana aku tak ada transport so susah nak bawak pc pegi mana-mana.nak update anti-virus pon leceh.tak dapat internet connection.kalau rosak nak bawak pegi kedai untuk format pon susah.dalam hati terdetik  camni



'jelesnya dgn diorang yang pakai laptop.senang nak bawak.nak dapatkan wireless pon senang'




saban hari otak aku ligat membandingkan keadaan diri yang serba kekurangan dan terdetik pula:


 'bestnye diorang ada transport.senang nak angkut pc buat kerja.senang nak pegi mana-mana.senang nak keluar makan.senang nak pergi beli barang.senang nak keluar dating..bla..bla..bla..'




haha.aku lah manusia yang tak matang tu.mengeluh tak kira waktu.



dan sekarang walaupun dah lebih 4 TAHUN baru aku dapat pakai laptop dan menyedari bahawa rupa-rupanya yang pakai pc lebih best lantas aku malu kat diri sendiri.sepatutnya dulu aku bersyukur dengan apa yang aku ada.

orang lain nak pegang pc mahupun laptop pun payah.nak beli belum tentu.nak sambung belajar pon tak mampu.kalau lah diorang tau yang aku asyik mengeluh dengan kekurangan diri yang tak seberapa mesti diorang pon bengang kat aku.




kisah tiga: zaman kegelapan bermula..


watak utama adalah aku dan adik lelaki aku yang masih mentah serta baru mencecah belasan tahun.

pada suatu hari..rumah kitorang blackout selama hampir 5 bulan (sebenarnye tak mampu bayar bil api yang tertangguh lebih 10k).

ok..aku cerita dengan ringkas je kenapa ia bole mencecah ke angka sebegitu

pada mulanya,bil tu tak dibayar bertahun-tahun lamanya.aku tak menyalahkan  orang yang bertanggungjawab membayarnya kerana waktu itu beliau sedang 'mabuk' dengan dunia sampai tak ingat keluarga dan kami pon terabai.tapi korang jangan contohi beliau yang tak membayar bil.

aku duduk area kampung.masa first kene potong..beliau yang 'mabuk' dunia tu menyambung elektrik secara underground tapi masih tidak membayar bil yang banyak tu.tapi pihak TNB dapat men'detect' pemasangan itu lalu kami masih perlu di'charge' dan bil menjadi DUA KALI GANDA dari biasa.(kesian kami yang menjadi mangsa).

peristiwa blackout itu berlaku time aku masih study kat universiti.kadang-kadang je aku balik.dan ketika aku balik aku sempat berbual-bual dengan adik lelaki aku yang masih mentah tu.kitorang agak rapat.suatu malam yang hening dan serba gelap..dia tanye aku macam ni:


"ko rasa kenape hidup kita macam ni r?nak makan pon susah lepas tu blackout pulak" sempat pulak mengeluh tu.isk..

aku jawab..


"ni lah dugaan namanya.janganlah mengeluh.Tuhan uji sebab DIA sayang kita la.patutnya ko pikir hikmah di sebalik kejadian ni"


adik aku diam.tengah berpikir lah agaknya tu.

tiba-tiba dia bersuara.


"betul jugak kata-kata ko tu.baru aku teringat.sebelum ni aku ada doa macam ni 'Ya Allah semoga aku dapat bersolat dengan tenang dan khusyuk.Kau berilah aku masa yang banyak untuk aku bersolat'..dah lama aku doa macam tu.sebelum blackout lagi."


aku tanya "kenapa kau mintak macam tu?" aku sungguh curious.


"sebab mak selalu suruh aku solat tapi aku tak buat.sebab leka tengok tv.kadang-kadang banyak sgt aktiviti sampai rase nak solat lama-lama pon tak sempat"


dia sambung lagi:


"sekarang baru aku sedar kenapa DIA 'bagi blackout' ni kat kita.sebab DIA nak bagi aku lebih mase tuk solat lah.dah tak payah tengok tv dan dengar lagu.tak payah main game.tak payah ber SMS sebab nak jimat bateri henpon.so dapat kurangkan aktiviti.bile takde letrik rumah pon sunyi.nak solat lagi khusyuk dan tenang. betul tak?rupa-rupanya DIA jawab doa aku dengan cara macam ni tapi selama ni aku tak sedar."


wah..adik aku yang masih mentah tu rupanya dah jadi matang dalam sekelip mata.

dalam hati aku kagum pulak dengan dia sebab dapat berfikir macam tu.terbukti yang kesusahan itu bagus sebenarnye.juge menyedari TUHAN masih sayang kat kitorang.Alhamdulillah.

oh..mesti korang tertanye-tanye mcm mane kitorang solve masalah blackout tersebut.hehe rahsia!! oke la..nanti ade masa aku cerita.dan beliau yang 'mabuk' dengan dunia tu pon dah tak 'mabuk' lagi sekarang.




kisah 4: mereka bersuka-suka tapi aku perlu bekerja


masa kat universiti dulu course yang aku ambik jenis yang kene pakai banyak duit.betul aku dapat duit loan tapi kadang-kadang masih tak cukup.memandangkan keadaan family aku yang perlu duit lebih so aku kene lah kerja.

mula-mula pikir nak kerja part time je tapi last-last aku decide nak tangguh belajar sebab tak nak terkejar-kejar dan gagal membahagikan masa antara study,kerja dan family.

zaman bersuka-suka bersama rakan-rakan aku hentikan.waktu tu lagi setahun je nak abes tapi rezeki aku untuk grad on time seperti mereka yang lain tidak ada maka aku pasrah.berat aku nak buat keputusan pada awalnya tapi berkat solat istikharah,DIA bukakan jalan untuk aku 

walaupun nampak macam kurang bijak di mata kawan-kawan aku dengan bertindak sebegitu.oh..ada yang mengata di belakang.ada yang bersangka buruk.ada juga yang mencemuh serta tidak setuju tapi hanya berkata-kata di belakang.(takpe.aku dah maafkan semua).

tapi itukan takdir aku dan jalan yang diberi adalah jalan yang terbaik untuk aku dari DIA.oleh itu, aku abaikan cakap-cakap mereka dan biarkan ia berlalu bagai angin.

namun ada jugak yang memberi moral support.aku sungguh menghargai mereka itu.terima kasih daun keladi.korang susah aku akan tolong nanti.

WALAUPUN BEGITU,aku bukanlah kuat sangat.kerap jugak aku menangis sendiri.selalunya aku sibuk dengan hal sendiri sampai jadi kera sumbang.tak campur orang.jarang bersame mereka.selalu miss aktiviti bersama mereka.sedih jugak.mereka gembira tapi aku berduka.aku juga mahu gembira seperti mereka.

walaupun mereka stress dgn assignment kuliah tapi mereka tidak perlu bekerja.hanya perlu fokus study.tidak perlu seperti aku yang setiap malam mempunyai sindrom susah tidur sebab pikir macam mana nak survive dan menyara family.(oh..asyik mengeluh je aku waktu itu.memang tak matang..)



keadaan berlarutan..




sehinggalah pada suatu hari aku bertemu seorang insan yang membantu aku (itulah encik housemate)..waktu itu aku tersentap kerana even aku kerap mengeluh pon DIA masih sudi menolong aku.DIA menghantar encik housemate ke dalam kehidupan aku dan melengkapi jiwa aku.

oh..aku malu sendiri.apa salahnya aku bersabar dari awal.DIA pasti akan tolong aku.cuma cepat atau lambat je lantas menyedari rupa-rupanya DIA sayangkan aku.Alhamdulillah.




kisah seterusnya ..
er..rase tak payah la cerita lagi.banyak sangat pengalaman yang lebih dahsyat tapi aku tak tau nak tulis macam mana.lagipun aku menulis untuk sekadar renungan buat korang.bukan untuk simpati.dan setelah aku bermuhasabah diri,aku sedar yang kat luar sana tu ramai lagi yang berkali ganda lebih susah dari aku.

walaupun aku pernah merasa pengalaman merempat tak ada tempat tinggal dan terpakse duduk menumpang,pernah berjalan kaki berbatu-batu dengan encik housemate sebab tak ada transport,juga pernah dihalau dari rumah sewa dan kene carik rumah lain(bukan sebab tak ade duit tapi sebab rumah itu dilelong tanpa diketahui oleh kami)..


oh..dan paling best pengalaman kami berdua ialah tiada duit dalam tangan walau seringgit ketika TIDAK berumah.memang mencabar betul.tapi takpe..kami redha.

kisahnya begini..

waktu itu encik housemate ade saving 15k.tu pon duit company untuk bayar hutang..bil itu..bil ini..gaji staff.nak rolling tuk upgrade bisnes sedangkan projek tak banyak pastu untung pon tak seberapa tapi di sekeliling kami ramai yang memerlukan bantuan.kawan-kawan..famili..sanak saudara..staff..

pelik jugak sebab ramai pulak yang datang mintak tolong.memang gawat habis.aku yang berniat membayar hutang-hutang lapuk pon terus cancel lalu kami tolong mereka.

biarlah kami susah asalkan kami tidak selfish kan?..kalau kami selfish dah tentu sekarang dah pakai subaru dan mini cooper.lepas tu duduk rumah banglo atas bukit harge 3juta.oh..itulah takdir.(sedar sedar aku cerita jugak da..tadi kate tak nak cerita lagi)

lepas dah bagi diorang duit tak ade ape yang tinggal lah.sebab baki duit dah gune untuk bayar hutang.isk..tapi ada lagi yang datang mintak tolong.sampai kitorang dah takde duit dalam tangan pon orang mane tau kan.takkan nak cakap.diorang lagi susah dari kami.ujian tuhan.

aku anggap mungkin Allah nak hapuskan dosa kami dengan cara macam tu.bile pikir-pikir balik kalau lah dengan cara tu DIA nak hapuskan dosa kami,nampaknya tak lah susah sangat ujian tu.takdelah sampai kene letak batu atas dada macam BILAL BIN RABAH.kami masih sihat.masih cukup makan.masih boleh senyum dalam kepahitan.

last-last kami pikir yang DIA sayang kat kami sebab beri kami susah dan boleh hapuskan dosa melalui kesusahan.Alhamdulillah.

sekarang,aku semakin matang menempuh kehidupan ni.aku masih punya teman seperjuangan iaitu encik housemate.beliau banyak memberi aku semangat dan kekuatan.aku bersyukur.

itulah gunanya soulmate.bukan kerana nafsu semata-mata tapi gunanya untuk saling melengkapi dan sebagai sumber kekuatan.masih jauh perjalanan di hadapan.apa yang perlu hanya teruskan.life goes on.semoga DIA merahmati.amin

notakaki: maaf entry ni panjang sangat.terima kasih kerana sudi membaca. juge maaf kalu aku macam ter'over' di sesetengah part.tapi aku ikhlas bercerita dan berkongsi semuanya.



No comments: