Saturday, August 14, 2010

berdebar-debar jantungku

aku tak boleh tido dan terasa ingin menulis.hati membuak-buak ingin bercerita tapi idea pulak takde.

hujan masih bersisa..
dingin masih terasa..
sang nyamuk pula berleluasa..

hati berdebar-debar.sebab tu tak boleh tido.yang aku tau kalau hati berdebar maksudnya hidayat nak masuk.aku cube carik kelogikannya di sini.biar aku pikir jap.

mungkin ia betul.kenape?berdasarkan renungan makrifat aku serta buah fikiran aku dapat aku simpulkan bahawa..

oke..bile hati tak sedap.berdebar-debar.macam tak tenang.resah.gelisah.buat apa pon tak kena.maka kite akan cuba mencari penyelesaian dan cara meredakan perasaan jiwa kacau tersebut.banyak pilihan boleh dibuat.

ada yang dengar muzik.pegi enjoy dengan tengok wayang..main boling...ajak member-member lepak.buat sesi meluah perasaan kat teman serumah.tak kurang juge yang menjerit..pergi karaoke ke..ade jugak yang lagi teruk pergi clubbing..minum 'air kencing' syaitan.oh..alasan nak hilangkan rasa hati yang tak sedap.

elok-elok hidayat tu nak masuk terus tak jadi.

cuba lah kalau bile rase gelisah je terus ambik wudhu' lepas tu baca Quran.atau sembahyang sunat dan berdoa mintak tenang hati.dan dari situ kita nampak cara-cara itu mendatangkan hidayat kepada kite.

betul atau tidak?

ape-ape la.bile dah cakap kene buat.so nampaknya sekarang aku kene pergi ambik wudhu'.buat apa yang patut time2 waktu sepertiga malam macam ni.lepas tu sahur time.
chowsinchi..er..selamat berpuasa!!


notakaki: kakiku gatal-gatal digigit nyamuk.isk..

No comments: