Saturday, September 25, 2010

aku busy.kalah menteri hal ehwal pengguna

aku gian nak menulis tapi tak sempat.banyak kerja.busy.sibuk.

dan yang aku dah tulis and save dalam draft tak dapat nak publish.sebab cerita-cerita tersebut dah basi.

yang hampeh..aku lupe nak publish semua hari tu.ada lak tu cerita time bulan puasa.dan tak seswai dah nak publish dah sekarang ni.

ada sapa-sapa nak jadi assistant aku tak untuk menguruskan kerja-kerja aku?

aku sungguh sibuk dengan urusan dunia.memang hampeh.

err..aku sibuk ni.dah la.nanti dah free dan dah hire personal assistant kang aku tulis lah panjang-panjang sampai korang muntah nak baca.

maksud aku kalau kerja-kerja dan urusan dunia aku dah setel dan ada masa yang free sangat nak tulis blog nanti la.

notakaki: selamat hari raya ke-16.maaf zahir batin.

Thursday, August 19, 2010

takut T atau H?

LOKASI: Kg. ________, Perak

suatu malam yang hening.. aku bersantai kat rumah kawan aku. sambil menikmati angin malam kat luar rumah.

malam begitu sunyi.hanya terdengar bunyi cengkerik bersahutan.

tiba-tiba kawan aku bersuara lalu memecahkan kesunyian malam yang dingin itu.beliau mengajukan soalan..

"kenapa ramai orang lebih takut HANTU ye?" dahinya berkerut yang mana menunjukkan tahap kepelikan beliau yang maksima.

aku cuma senyum.menggeleng.

dia kata lagi "ada tu pakai seksi.dedah sana sini tapi bile terjaga tengah malam nak ke bilik air mintak tolong member teman.rupanya takut HANTU"

aku membisu cuma mendengar.

"kesian.si 'makhluk TUHAN paling seksi' tak takut TUHAN tapi takut HANTU" sambung beliau dengan penuh emosi.

"lepas tu ada yang badan besar dah macam bouncer.setakat belasah orang takde hal lah.tak takut langsung tapi bila nampak benda putih lalu malam-malam terus demam seminggu.meracau-racau kata nampak HANTU"

"ada lagi..bla..bla..bla.." masih lagi beremosi menyambung kata-kata beliau.panjang jugak.

aik..banyak pulak point beliau malam ni.

aku diam.masih lagi tiada jawapan untuk beliau.buntu.

oh..MUNGKIN salah SESETENGAH ibubapa yang biasa mengajar anak yang nakal dengan menakut-nakutkan mereka dengan cerita-cerita HANTU tetapi tak pula mengajar bab agama dengan lengkap supaya anak mereka takutkan TUHAN lalu menjadi insan yang baik dan tidak nakal lagi.

(er..tak pun sebab mak ayah pun rupanya takut hantu jugak.hehe pastu takutkan anak-anak)

dan MUNGKIN juga salah penerbit filem seram yang dah macam trend untuk hasilkan filem berunsur seram yang dalam tu ada HANTU yang mengerikan untuk menarik perhatian para penonton.tetapi tak ramai pula nak hasilkan filem berunsur keTUHANan.

atau MUNGKIN jugak cerita  HANTU turun temurun yang biasa di dengar yang terus disebarkan dengan penuh ghairah oleh kebanyakan orang dan kebanyakan orang juga ghairah mendengarnya padahal mereka tidak pula ghairah nak pergi ceramah agama yang banyak cerita tentang kebesaran TUHAN.

tapi aku hanya berkata dalam hati.sebab aku tak pasti dengan jawapan aku.

cuma yang aku pernah dengar..(tak ingat dari mana.dari ceramah mungkin)

'kalau kita betul-betul takutkan ALLAH (tiada TUHAN selain ALLAH)..maka semua makhluk lain termasuk jin dan syaitan akan takut kepada kita lantaran perasaan takut kita kepada ALLAH'

maka orang pun segan dengan kita.
dan yang kononnya HANTU (jin dan syitan) pun tak berani nak kacau kita (apatah lagi nak merasuk)

dan memang betul..bila takut kepada ALLAH..maka kita hanya mengingati DIA.berserah kepada DIA (bila dah ingat kat DIA saja so dah tak sempat nak ingat cerita HANTU dah) lalu apa saja yang terjadi kita hanya berharap pada DIA.

hanya DIA..

"eh..kau dengar tak apa aku cakap tadi?" tanya kawan aku ni bila beliau tengok aku yang macam termenung jauh dan fikiran menerawang.

aku tersentak lalu memandang dia yang tersengih-sengih.

aku jawab "dengar lah.aku tengah pikir apa jawapan nak bagi kat kau lah.yang kau tersengih-sengih ni apasal?"

"er..kau boleh temankan aku pergi tandas tak?" beliau masih tersengih.

beliau sambung lagi "teringat pulak cerita zombie yang kita tengok petang tadi.seram.. lagipun tadi mak bagi tau adik aku yang lelaki pergi tandas semalam pukul 2 pagi ada dengar bunyi ketuk-ketuk kat zink bilik air.aku takut la.."

adoi.apa kes cerita-cerita yang beremosi tadi?

"ye lah.jom.." aku bangun dari tempat duduk.

"eh..jangan lupa ambik wudhu' sekali.aku rasa tadi kau belum sembahyang lagi kan?" kata aku kat beliau.aku malas nak temankan 2-3 kali nanti.malas nak keluar ke bilik air yang letaknya kat belakang rumah sebelah luar.

"er..aku uzur la.mana boleh solat" jawab beliau.

aku kata "uzur lagi?minggu lepas kau dah uzur kan?takkan lah.." 

beliau hanya tersengih.aku dah paham sangat dah sengihan beliau tu.aku hanya menggeleng kepala melihat telatah beliau.

ah..bila lah kau nak rajin bersolat ni wahai kawanku?sebenarnya aku nak tanya macam ni:

"bila lah kau nak takut TUHAN?"

namun soalan itu hanya bergema di dalam hati.aku hanya mampu berdoa supaya beliau berubah.

ah..apa-apa saja lah.aku ni yang kene ingatkan diri aku supaya tetap tak berkurang iman.belajar untuk tambah iman lagi.insyaallah.

notakaki: aku hamba sungguh berdosa ini teringin sekali menangis kerana takutkan ALLAH.


ke mana lagi perlu KEMBALI?

tadi kawan lama aku call.saje tanye kabar.dah lama sangat tak jumpa beliau.kalau rindu pon setakat contact kat facebook je or call sebab masing-masing bz dengan life sendiri.

tapi sempat jugak kawan aku tu mengadu kat aku pasal keadaan dia yang susah.bukan susah apa.takde lah sampai takde duit ke ape ke.die cerita keadaan dia yang terlampau sibuk sampai tak sempat nak buat bende lain.stress sangat.diri sendiri tak terurus.

aku macam biasa lah.jadi pendengar setia.layan saja la..

lama jugak kitorang berborak dan banyak jugak kredit dia habis semata-mata nak meluahkan perasaan dan masalah dia tu.

sebenarnya..takdelah berat sangat masalah dia..

dia kata stress sangat dengan study plus teman spesel pulak sibuk tanya pasal kahwin (umur dah masuk 25) sedangkan mak ayah dah bagi tau kene tunggu habis belajar baru lah pikir nak berumahtangga.mak pulak sibuk ingatkan belajar betul-betul sampai habis.jangan asyik bercinta je.

tambahan pula, course dia ambik tu agak tough dan memenatkan.assignment berlambak.banyak kerja outdoor.kerja berat dan banyak masuk bengkel.tidur tak cukup.makan pun asal sempat (teringat course aku ambik masa kat universiti dulu)

dia kata..lg 2 tahun baru habis belajar.maknanya time tu umur dah 27.takkan nak terus kahwin.mesti nak kumpul duit dulu tunggu stable apa semua.bla..bla..bla..

(macam biasa dialog wanita bujang yang risau tentang kahwin)

macam-macam lagi lah.

tapi..dia tertekan jugak lah.aku tau dan aku paham.

sepanjang perbualan aku tak kata apa-apa.mendengar dengan penuh khusyuk sambil carik idea apa nak cakap kat beliau untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

pikir punya pikir..last-last kat hujung perbualan aku cakap..

"aku tak tau apa nak tolong sebab aku pon tak berada kat tempat kau.tapi baguslah kau cerita kat aku.at least releasa sikit kan?"

aku tarik nafas.dia pula cuma diam mendengar kata-kata aku.

aku sambung lagi..

"macam ni lah.apa kata..bila stress kau rilek jap.bertenang.then..buat lah solat sunat.selesai solat kau doa.mintak lah kat DIA."

dia masih diam mendengar.

"kau mengadu kat DIA.nangis-nangis pun takpe.bayangkan kau cakap macam kau luahkan kat aku tadi.maksud aku luahkan semua apa kau rasa.mintaklah apa kau nak.DIA kan MAHA MENGETAHUI dan MAHA MENDENGAR"

"kau buat sepenuh hati.cubalah.insyaallah kau akan rasa kebih tenang,puas dan lega.dan insyaallah kau akan dapat pertolongan dan petunjuk dari DIA"

tu je yang mampu aku cakap.sebab aku ni manusia biasa.tak dapat nak selesaikan masalah orang.hanya mampu mendengar dan memberi pandangan macam tu.

dan..nasib baik kawan aku tu nak dengar apa aku suggest kat dia.ye lah..ada orang kalau tengah stress dan bermasalah mana nak dengar pandangan orang lain.

seolah-olah dia lah manusia paling susah kat mukabumi ni.cakap lah apa pun..berbuih mulut nasihat pun tak layan.tak habis-habis nak mengadu perihal diri yang susah dan lebih susah berbanding orang lain.

tapi kalau ikutkan..aku pernah jugak jadi macam tu.mengeluh tak kira waktu.macam yang aku cerita sebelum ni.

aku bersyukur sebab aku dah dapat handle semua tu.dah tau perlu buat apa.dah tau apa maksud TAKDIR dan menerima dengan sepenuh hati juga belajar untuk menjadi seorang yang REDHA.

semua orang ada masalah.dan masalah yang dihadapi juga berbeza bergantung kepada tahap kemampuan diri masing-masing.

sebab..

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya" 

Surah Al-Baqarah ayat 286


sepatutnya kena bersyukur bila datang ujian sebab kita dah dipilih oleh ALLAH.bukankah para kekasih ALLAH dan para sahabat lebih banyak diuji?? itu tanda ALLAH sayang dan bila bersabar dengan ujian tanda orang beriman:


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguh nye kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
 surah al-ankabut ayat 2-3

thus..kene banyak sabar dan jadilah seorang yang kuat sebab :

"janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan lah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

 Surah Al-Imran ayat 139 


dan last sekali berharaplah kat DIA.mengadu pun dekat DIA.macam aku suggest kat kawan aku tadi lah.sebab DIA je yang boleh tolong kita.
 

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya.Hanya kepadaNya aku bertawakal" 

Surah At-Taubah ayat 111

teringat zaman aku susah dulu..memang tak tau nak cerita kat sapa lagi dah.kalau cerita pon macam lah dia orang paham dan mampu tolong.

so.. bile dah stress sangat aku pikir siapa yang mampu dengar kalau bukan DIA.sejak tu memang dah jadi amalan "back to who we're came from"..bukan time susah je tapi setiap waktu yang ada kena ingat DIA.

hope kawan aku tu dapat atasi masalah dia tu.hidup dengan tenang serta aman bahagia.amin.

wallahua'lam.sekadar renungan untuk aku share. pastu sebagai ingatan untuk diri aku yang jahil ni

notakaki: kesusahan mematangkan.kehidupan adalah guru terbaik.

 

Tuesday, August 17, 2010

HUJAN DAN KARI AYAM

kat luar..hujan turun dengan lebat.

aku membuka jendela dan merenung ke luar.

aku tersenyum melihat hujan yang turun bersama rahmat tuhan.Subhanallah.

aku cuba menghidu bau hujan yang turun bagaikan mutiara-mutiara kecil.

orang kata bau hujan sungguh segar.eh..ye ke?

lama ku cuba menghidu baunya tapi..

last-last yang aku dapat hidu adalah bau kari ayam makcik rumah sebelah.

ceh..


PEMAKAN TEGAR

BUDU DAN BELACAN : busuk tapi sedap. bak kata sue anna joe.

aku nak tambah sikit.tempoyak dan cencaluk juge busuk tapi sedap.petai juge busuk tapi..

BERKHASIAT!!!

pendek kata ulam-ulaman semua berkhasiat dan semua aku balun.aku orang kampung.semua tu aku makan.

budu,cencaluk,belacan juga tempoyak aku makan.tapi ada orang kata :

"eh..aku tak makan benda-benda ni.mane layan benda yang busuk macam tu.eii.geli aku nak makan".

"i bukan tak nak makan petai..takut mulut berbau la"

ah..kalau tak nak mulut berbau..lepas makan petai sila kunyah beras lumat.
(*tips dari mak angkat aku kat perak.)

lagi..

"apa barang makan ulam.macam kambing je"

nah!! tu dia.bongkak sungguh.

kamon la..aku rasa kau tu asal orang kampung.er..tak silap aku kampung apa ya?..ha..Kampung Bongek.

tapi lepas dah duduk Bangi kau dah tak pandang  semua tu ye.nanti bila orang dah tak ada, kau sebat jugak nasik putih dengan cencaluk yang aku bawak ni.siap rembat petai aku yang aku letak atas para kat dapur.

cencaluk sedap apa.perah asam limau.letak hirisan bawang dengan cili api.makan dengan nasik putih panas-panas.uhh..kecur liur aku.

apa??..tak sedap?tak syoK??

oke..fine.orang bandar kan.tak main la makan macam tu.sambal belacan pon tak layan.budu apatah lagi.

eh..tapi orang bandar pon layan aku rasa siap tambah nasik bile pekena tempoyak kat restoran makanan kampung.

so..yang tak layan benda-benda ni sapa?

tak lain dan tak bukan..mereka yang suka memilih.suka betul pilih-pilih makanan.

kadang-kadang sanggup menghina makanan.tapi aku tau..korang tak macam tu kan.tak kisah lah.dulu masa kecik mak aku tak ajar pon makan benda-benda macam tu.

tapi aku ni jenis tak menolak rezeki.semua aku makan.mungkin sebab memang tuhan bagi rezeki aku murah.alhamdulillah.

orang yang memilih makanan ni rezeki dia 'mahal' sikit. ye lah..cuba kalau bawak pegi majlis makan-makan ke.lepas tu ada pulak menu yang dia tak suka dan tak akan makan kan dah kurang rezeki dia.kesian..

selalu mesti akan keluar ayat-ayat macam ni:

"sori la.i tak makan sayur la.dari kecik.kalau makan mesti nak termuntah"

ceh..hinakah sayur itu sampai nak termuntah?

"i tak boleh makan ikan.lagi-lagi ikan kembung.selalu ikan ni kucing i je yang makan" 

pulak??

"sardin?tak nak lah.hamis lah.nanti tangan berbau"

adoi.pakai lah sudu kak oi..oke..tak nak makan sudah.aku dah masak ni kira bagus lah.siap sponsor.nak harap kau..hmm..

masa kecik dulu mak aku pantang betul kalau ada antara kitorang adik-beradik merungut tentang makanan.

"jangan nak mengada-ngada.makan je apa yang ada.syukur lah dapat jugak makan." 

sekarang pulak dialog mak dah berubah..

"orang dalam BERSAMAMU tu ada yang makan siput babi je tau tak" 

ye..siapa lah kita nak pertikai tentang rezeki yang diberi tuhan.makan je la.bukan mati pun makan.kenyang ada la.

WALAUBAGAIMANAPUN..

ada jugak orang yang tak makan certain makanan atas sebab-sebab tertentu.contoh macam beberapa kawan aku:

KISAH 1

ada sorang kawan aku ni mempunyai masalah resdung yang agak kritikal.yang aku tau semua orang ada resdung.cuma bezanya serius atau tak.so kalau serius memang kene elakkan seafood.

so kawan aku ni memang langsung tak boleh sentuh seafood.sampai berair-air mata dan merah gila bila tak sengaja makan lauk yang dia tak perasan ada letak udang kat dalam tu.

(aku bawak sayur campur.letak sikit udang)

kuah sayur tu dah bercampur udang agaknya.masa ambik dia ambik sayur tu udang dah habis aku balun semua.haha sebab tu dia ingat sayur tu 'bebas udang'.

pernah sekali dia tak boleh nak bukak mata langsung sebab gatal yang amat.kesian pulak aku tengok dia.

er..sori la pasal insiden sayur campur tu.next time aku masakkan yang takde udang ye.ngee...

teringat pulak kat sorang member kamceng kat asrama dulu yang tak boleh makan seafood sebab alergic.

tapi sebab die ni degil jugak nak makan fevret die tu..gatal satu badan pon takpe dengan alasan "ala..krim tahan gatal kan ada" sambil tersengih tapi tangan menggaru-garu dari tadi.haha

krim pon dah nak habis dah ni cik kak.

KISAH 2

dulu masa kat matrik..aku ada kawan dengan sorang budak ni.badan 'sihat'.aku tengok dia tak memilih makan pon.semua benda dia tak tolak.nampak normal lah.

tapi ada satu perkara yang aku pelik.setiap kali order makan kat cafe mesti dia makan selain nasik macam mee..kue teow..bihun..apa-apa la selain dari nasik.

masa berlalu..
dia masih tak pernah memesan menu berasaskan nasik walau sekali. bila aku pelawa dia makan nasik goreng USA yang aku beli..dia tak nak.

kerap jugak berlaku macam tu.tak kira lah nasik goreng cina ke ..nasik goreng daging merah ke.nasik goreng udang special ke.semua lah die tak makan.tapi udang tu dia ambik jugak lah.

'aik?ambik udang je?nasik tak nak rasa ke?benda lain tak tolak pulak' kataku dalam hati.

tapi aku bersangka baik.dia tau aku lapar kot.sebab tu dia tak nak ambik sikit nasik aku.bagi aku makan puas-puas.cewah.  

namun aku masih aku musykil.lalu perasaan ingin tahu aku membuak-buak sehinggalah pada suatu hari aku menyuarakan rasa ingin tahu aku dengan bertanya kat dia.

aku: eh..aku tak pernah nampak kau order nasik.maksud aku.tak pernah nampak kau makan nasik.kenape ye? (aku menjadi minah sibuk)

kawan aku: (tersengih)

dia meletakkan pinggan berisi mee goreng telur mata kat atas meja dan duduk bertentangan dengan aku.

kawan aku: aku ada 'sejarah' masa kecik-kecik dulu.fobia.

aku: hah?fobia?apa kaitan dengan nasik pulak? (aku menyedut jus oren penghilang dahaga)

kawan aku: dulu masa aku umur 4 tahun, mak aku masak nasik pelangi.ala..yang kaler-kaler tu.aku time tu apa lagi.rasa pelik dan assume bende tu tak boleh makan.teringat lego yang berkaler-kaler yang ayah aku beli. (dia menyuap cebisan daging ke dalam mulut)

lepas tu dia sambung lagi cerita.

kawan aku: kalau kau nak tahu..aku pernah tertelan lego masa kecik.so bile mak aku masak nasik yang kaler die macam lego tu terus aku fobia tak nak makan.after that,aku terus banned semua jenis nasik tak kira lah yang berwarna atau tak.

aku: ooo.patut la. (terus sambung makan)

aku: er..kau nak rasa nasik aku?

kawan aku: (cekak pinggang sambik bulatkan mata)

aku: ekekeke..

KISAH 3

kisah yang ni takdelah pelik sangat.(pendek je cerita ni)..dan still berlaku kat matrik dulu..

macam ni..

aku ada kawan non-malay.indian girl. beliau seorang vegeterian dan memang seumur hidup tidak pernah menyentuh apa-apa jua makanan berasaskan daging.

suatu hari dia teringin nak makan megi.so aku yang dulu memang banyak stok megi bagilah kat dia megi perisa ayam 'MAMEE'.aku pon volunteer masakkan.

oh..dia kat rumah tak makan megi sebab parents die tak kasi.maklumlah budak pandai.

dia tibe-tibe rasa teringin sangat nak tau macam mana perasaan memakan megi bile semua tengok semua orang WAJIB mempunyai stok megi dalam loker masing-masing.

so..dah lepas masak aku megi semua tu dia makan.tapi nak jadi cerita..baru satu suap terus dia muntah.

er..apehal pulak ni.tak sedap ke aku masak? terkocoh-kocoh dia ke toilet.

bila dia kembali ke bilik aku tanya apa jadi.dia cakap..since die tu vegeterian, megi perisa ayam pon tak boleh telan.body automatic reject.laa..yeke..

last-last aku masak lah yang periksa kari.tak dapat nak recommend megi sup tulang yang aku suke tu.isk..

kisah 4 aku dah malas nak tulis sebab tangan dah penat.hehe

pendek kata..terpulang kepada masing-masing empunya diri.aku assume orang yang memilih makan tu mungkin dah ditakdirkan macam tu.takdir dia tidak mempunya rezeki yang murah.

tapi orang-orang macam ni aku memang malas nak belanja.takut kang aku beli dia tak makan pulak.best ajak orang yang makan apa saja (walaupun tak lah kuat makan sangat) jadi puas hati kalau kita beli lepas tu habis licin.sejuk hati nanti rasa nak belanja lagi banyak kali.

oh ye..lagi satu aku tak gemar dengan orang yang suka membazir..penat-penat beli tapi tak habis pulak.dah lah memilih pastu tak appreciate aku belanja semua ni.ceh.

tapi bab membazir ni dah cerita lain.ada masa aku cerita lah pasal ni pulak nanti.

dan aku sebagai pemakan tegar ni bukan seorang yang kuat makan pun tapi aku tegar makan apa saja.sebab tu encik housemate suka sangat kat aku.senang bela.tak memilih.nak beli makan pun senang.bab lain pun tak memilih.

ye..pemakan tegar.orang kata tolak batu..kayu..dengan besi tapi tu pun aku makan jugak.ye lah..jambu batu,ubi kayu dan belimbing besi aku makan apa.

so korang jangan segan-segan nak ajak aku makan.sure aku tak tolak punya.kalau ada open house time raya jemputlah aku nanti.

notakaki: ada orang cakap sapa yang suka memilih makan..benda-benda lain pun dia memilih jugak.betul ke?


Monday, August 16, 2010

RENEW IMAN

antara berzikir dan mencarut mana lagi kebanyakkan orang selalu buat?er..korang jawab sendiri lah.masing-masing tau kan.ada orang kata (orang kata bukan aku kata) mereka yang gemar bercarut tu disebabkan kekurangan iman. err..betul ke?

oke..mungkin bagi yang menjadikan bahasa kesat dan carutan sebagai ayat fevret ataupun hobi..yang mana tak sempurna hidup rasanya kalau tak bertutur sedemikian rupa anda boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan cara renew iman.so..bagaimana caranya??


Hadith satu:, Nabi bersabda:
“iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh, oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu.

Hadith dua: riwayat iman ahmad.

Hazrat Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:
” Sentiasalah memperbaharui Iman kamu”

Para sahabat bertanya:
” bagaimana kami membaharui iman kami ya Rasulallah?”

Baginda bersabda:

”perbanyakkanlah ucapan lailahaillallah”



notakaki: tak susah kan?sebut lah kalimah LAILAHAILLAALLAH sebanyak mungkin rather than mencarut tak tentu pasal. peace!!

Sunday, August 15, 2010

SENGAL PART II



 


entah kenapa aku rasa mengarut pulak cakap pasal topik ni kat entry yang lepas.tadi dengan sengalnya aku carik maksud perkataan ni.dan ni yang aku jumpa dekat SINI .

sengal

A Malaysia slang that means stupid or acts like a stupid, just pretend to be stupid, or really stupid, silly , moron

siap bagi contoh ayat:

Kau sengal gilew ar! ( u are so sengal)
aqmal baik okey? ko tu sengal! ( aqmal is a good guy, u sengal!)

lepas tu dekat situ pulak siap promote untuk beli MUG, T-SHIRTS, GREETING CARD, TOPI..ahh..macam-macam lah.semua ada tulis "SENGAL".

style jugak.haha kalau rasa korang sengal bole beli kot.boleh pulak diorang ni buat bisnes ye.agaknya..siapa yang akan beli ye?



kecik sangat kot tulisan tu




cara gak idea nih






aku bagi hadiah kat korang nak??