Sunday, February 6, 2011

rezeki

Selalu kita kaitkan rezeki dengan duit..kaya..harta..kesenangan..makanan..duit lagi..money..money..money..dan money lagi.

Sampaikan orang yang tak ade banyak duit dan fakir miskin selalu pikir yang diorang punye rezeki tak murah.kalau orang kaya-raya tu dikatakan murah rezeki sangat lah kununnye.


Ade rumah besar..murah rezeki.kereta besar..banyak tanah..banyak duit..aset juta-juta…dikatakan murah rezeki.

Memang betul..kalau kite ade semua tu memang lah dikatakan rezeki melimpah ruah dan amat murah.

Tapi..yang tak bestnye kalau orang yang takde duit janganlah pikir tuhan tu tak adil.pastu hari-hari pertikai mana rezeki aku?kenapa aku miskin?kenapa aku tak dapat pakai kereta?dan macam-macam lagi.

Soalan-soalan yang tak masuk akal kadang tu.

Sebenarnya..orang kaya dan berada belum tentu murah rezeki.Luaran nampak happy..senang.tapi dalaman kita tak tau.

Kadang-kadang kita tengok..alangkah bestnye orang tu pakai kereta besar dan mahal.rasanya satu family boleh muat dalam satu kereta.rumah pulak takyah cerita lah besar dia. Bukan satu tapi ada empat lima bijik.tanah lak beratur-ratus ekar.harta melimpah tujuh keturunan pun tak habis.

TAPI..

diorang nak maintain kekayaan kene kerja kuat-kuat.siang malam pulun kerja.uruskan syarikat ni..syarikat tu.belum tentu sempat jumpa family.tang ibadah apetah lagi kan.asyik tak cukup je.nak holiday pon atas urusan kerja.anak bini buat habis boreh je tau.tu belum yang dapat anak bini sosial ..tak dengar kata..melawan atau senang kata derhaka la.enjoy sakan tak nak tolong langsung.yang  diorang tau setiap bulan poket penuh dan dapat apa yang diorang mintak. si ayah lak kerja teruk-teruk sampai jatuh sakit.tak guna harta banyak tapi nikmat sihat takde.


tak murah rezeki jugak!!


duit habis bayar kos perbelanjaan hospital.makan pun tak lalu.mentang-mentang kaya,masa muda bantai makan macam-macam lupa dunia. Bila sakit..anak bini yang derhaka dan tak ingat tuhan sebab terlampau kaya dan lupa tuhan tadi pon taknak jaga.just upah la orang jaga si ayah.duit kan  ade. Lepas tu mula lah..berebut harta sebab si  ayah ni dah nazak.bergaduh pulak sesame darah daging sebab harta dan wasiat. Kesian si ayah ..rezeki dari segi kasih-sayang dia tak dapat.


Ahh..malas nak cerita lah.senang kata..rezeki tak murah jugak. Selalu sangat orang kaya anak diorang tak ramai.family planning kununnye.sorang cukup lah sebab mana ade masa nak jage anak.  Atau mungkin yang nak anak ramai tapi tak dapat-dapat. Tuhan tu adil sangat. DIA tak bagi anak tapi dia bagi harta.

Maaf..ni Cuma salah satu contoh je orang kaya yang tak murah rezeki.tak semua macam ni.kalau diorang memang jenis soleh dan solehah pasti rezeki murah kan.

Tapi aku just nak tekankan yang rezeki yang murah tidak hanya dapat dilihat dari segi harta je.kene ubah persepsi tu.

Maksud rezeki tu amat luas.

Kasih-sayang adalah rezeki.Sihat tu rezeki..awet muda pun rezeki.rupa cantik adalah rezeki. Pertolongan dari orang lain juga rezeki.dapat kerja bagus dan tak busy dengan gaji yang berpatutan memang rezeki.dapat tempat kerja dekat ..rezeki lah tu.lepas tu..orang buat baik dengan kita termasuk dalam rezeki. Atau orang datang untuk menyenangkan. 


Business maju..pekerja setia dan baik..lokasi strategik juga rezeki..tak kira la berapa untung setiap bulan.kena la bersyukur. Sebab orang lain belum tentu dapat macam apa yang kita dapat.. ada family yang bahagia dan anak soleh..rezeki. walaupun takde harta tapi kalau tuhan kurniakan anak yang ramai maka itulah rezeki kita. Lagi-lagi kalau anak semua jadi orang dan berjaya dunia akhirat.

Memang perlu sangat ucap ALHAMDULILLAH..

Dapat kawan yang baik..jiran yang concern..boss yang sporting..parents yang caring..husband atau wife yang menepati citarasa..semua tu rezeki..

Lagi?..

Dapat further study walaupun tak dapat course yang kita nak..rezeki jugak..ingat..orang lain belum tentu dapat apa yang kita dapat . kalau dapat grad on time lepas tu apply kerja terus dapat walaupun gaji tak berapa masyuk..kena bersyukur sebab tu rezeki. Dapat pakai i-phone atau blackberry even yang secondhand pon kene ucap ALHAMDULILLAH jugak!!

Kesimpulannya..apa saja yang kita dapat tu adalah rezeki dari ALLAH yang kita kena syukur sangat walaupun kita tak ada duit banyak.

Sebab kadang-kadang ada orang yang nampak macam kaya dan harta melimpah..tapi hutang pun banyak jugak. Nak bayar macam-macam jenis bil dan cukai. Duit rumah dan kereta semua kena pikir.Bak kata orang, besar periuk besar la keraknya. Kadang tu buat bisnes untung banyak tapi ada saja orang datang nak susahkan.pinjam duit lah.kene tipu lah.


macam-macam.

Pernah dengar tak istidraj?yang aku paham la..klau kita ni kaya berharta tapi tak balance dengan ibadah, ada je kesusahan yang datang. Tuhan nak uji kita ingat ke tak kat DIA yang dah bagi semua nikmat tu.

So apa lagi..dunia..dunia jugak.akhirat kena jaga sama. Bila kita kejar dunia sangat..part akhirat akan tertinggal. Tapi kalau kita kejar akhirat, part dunia akan datang dengan sendiri insyaallah.

Hope aku pun dapat ingat sama benda ni. Amin. Taknak jadi ketam yang ajar anak jalan lurus tapi diri sendiri pon jalan senget. Korang pun ingat-ingatkan la aku sama ye.

Notakaki: aku memang tak banyak duit dan harta tapi aku dapat rezeki dari segi lain.alhamdulillah.


Thursday, January 13, 2011

bak kata donald trump...

mood: ceria+hati sejuk (alhamdulillah)

kerja dalam bidang yang lain gila dari apa yang kita belajar dulu memang sangat challenging. tapi bagi aku apa yang buat sekarang jauh lebih senang dari course yang aku ambik kat universiti dulu.

sebab..

aku cintakan kerja aku sekarang. bila kita suka sesuatu mesti kita hepi untuk buat bende tu. dan semua menjadi sangat mudah.

"bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan saja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan"           

- Donald Trump-

jadi..walau apapun orang keliling kata kat aku, aku takkan kisah sebab aku dah jumpa apa aku nak (insyaallah) iaitu kerja yang aku cinta.

memang ramai yang kata:

"eh..ruginya kerja macam tu.apasal tak keje bidang ko dulu?"

atau

"baik ko tak yah ambik course yang ko belajar tu"

dan

"ade mase depan ke kerja ko sekarang?"

lagi..

"ape kelas..macam sesia je degree ko weh"

ahh..macam-macam la..tapi life must go on.aku dah pilih jalan ni dan 'no turning back'.

memandangkan aku tak dapat mencintai bidang yang aku belajar dulu so aku perlu mencari bidang yang aku cintai seterusnya mencintai kerjaya yang aku pilih kelak.

yang pasti bukan satu bende yang pelik kan.kalau apa yang aku lakukan ni salah..mcam mana dengan Chef Wan yang ada ijazah perakaunan tapi beralih ke bidang masakan dan seterusnya berjaya kerana melakukan perkara yang beliau suka.

ye..betul aku perlu consider pendapat orang untuk jadi panduan dalam hidup tapi untuk berjaya..aku tak perlu kisah dengan kritikan orang lain sehingga buat aku jadi lemah sebab aku tak perlu buktikan dekat diorang.

hanya.."buktikan kepada diri sendiri!!".. bukan buktikan pada orang lain.

"mudah bukan?Cabar diri sendiri.Bersaing dengan diri sendiri"

-Donald Trump-

apa-apa pun ..aku ada planning sendiri dan semua yang aku plan tu dah aku fikir masak-masak sampai nak hangus dah.bukan satu tapi mungkin 3 future planning.insyaallah.

jadi..kepada korang.."buatlah bende yang korang suka.jangan sampai rasa terpaksa hanya kerana nak kejar duit..atau takut jadi susah..atau nak jaga hati orang.atau apa2 je lah."

sekian wassalam.

notakaki: teringat sorang kawan yang ajak aku join perniagaan multilevel dan dah pakai mercedes 2 pintu.aku tau bende tu bagus dan menjamin masa depan cuma aku tak minat dan tak nak rasa terpaksa.kalau minat mesti dah jadi millionaire kan?

Thursday, December 23, 2010

perantau tak bernama

aku tau kau memang concern kat aku kan..kan..kan..?

time is running fast

lagi 7 hari nak melangkah ke 2011. laju kan masa berlalu? 

aku rasa tua. tapi bahagia sebab bangun pagi tadi little L terus hug aku. dan encik housemate bagi surprise.

sebenarnye..

lately aku memang busy. busy sangat. busy gila.

ok..ok..

aku tau korang pon same. tak kisah lah.

sebenarnya hari ni cuti so sempat lah nak jengah blog. walaupun cuti sekali je each week tapi aku suka dengan kerja aku. err..not really kerja kot. next june aku ada planning aku yang lain. yang pastinya memang aku dah lari jauh gila dari field aku yang dulu. wutever it is, aku bersyukur sebab dah jumpa apa yang aku nak. alhamdulillah. hanya kat DIA aku berserah.

so..berbalik kepada tadi, aku bahagia bila bangun pagi ni coz its different than hari yang lain. hari lain busy sangat tapi hari ni dapat rilek gile dan bersantai-santai.

oh ye..thanx kat korang yang wish birthday aku hari ni k.

notakaki: azam tahun baru aku dah start since maal hijrah hari tu. ape azam korang huh?

Friday, December 10, 2010

berguna juge formspring ye

lame aku  menunggu..

setelah sekian lama ade juge yang kemukakan soklan.

wah..tak sangke ade juge stalker yang sudi stalk blog aku.

dan..rajin membace entry aku yang lepas-lepas.

terima kasih atas keperihatinan anda yang bertanye di formspring tu ye.

u know who u are..as i know who u are,,

notakaki: dunia nyata yang luas pun terasa kecil.inikan pula dunia maya. mari join saye menggodam..

hati yang kecewa

petang yang mendebarkan. tak sabar nak check email. aku masuk password dan sign in. aku tekan inbox yang penuh dengan email yang belum dibuka. mata aku pantas mencari email yang di harapkan.

scroll..and scroll..

err..xde?

aku tak dapat email. terasa sedikit kecewa.

TIBA-TIBA..

aku rase nak makan lollipop dengan aiskrim walaupun selalunye aku tak pernah-pernah makan 

TIBA-TIBA..

aku rase nak pegi jalan-jalan tepi pantai walaupun kat tempat aku takde pantai

TIBA-TIBA..

aku rase nak bermalas-malasan dari pagi sampai petang sehingga ke malam walaupun berlambak kerja yang aku patut selesaikan

TIBA-TIBA..

aku rase nak bergayut dan berbual-bual dengan sesiape saje yang angkat call walaupun sekarang kredit aku memang low

TIBA-TIBA..

aku rase nak dengar lagu-lagu nasyid yang menenangkan walaupun sebenarnye aku jarang dengar lagu 

semua sebab hati yang kecewa (bukan putus cinta!!)

tapi lepas tu aku sempat bace entry ke mana lagi perlu kembali

so sekarang aku dah ok.

notakaki: 'every cloud has its siver lining'


Wednesday, December 8, 2010

musim kawin

december comes again..
ramai yang invite untuk attend pegi majlis kawin. 

sebenarnye..

aku tak pernah pegi satu pon invitation dalam jangka masa 3 tahun ni. kepada korang yang aku tak pegi majlis kawin korang tu aku mintak sorry. sebenarnya aku memang sengaja. sebab aku tak suka pegi mana-mana wedding event walaupun tu wedding makcik aku sendiri ke..cousin aku ke..besfren aku ke.

tapi..

trust me walaupun aku tak 'tunjuk muka' kat majlis korang tapi aku tetap doakan korang punye marriage kekal hingga akhir hayat dan bahagia, murah rezeki dan diberkati selalu.

amin.

ya.berdoa..aku sentiasa mendoakan untuk kamu semua...bukankah tu lebih penting??